Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Liga Super: Pengadil Berat...

GEORGE TOWN - Biarpun gembira mendapat satu mata ketika berdepan Selangor dalam aksi...

47 Petugas KKM Positif...

SERAMAI 73 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikesan positif koronavirus baharu (Covid-19),...

Pelajar Warga Yaman Lemas...

BESUT - Seorang warga Yaman yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok...

“Umar Selera Makan, Seronok...

KUALA LUMPUR - Seorang bapa tidak menyangka perubahan sikap ditunjukkan anaknya semalam merupakan...

Tehmina Janjua Wanita Pertama Jadi Setiausaha Luar

KARACHI – Buat pertama kali dalam sejarah Pakistan, Perdana Menteri Nawaz Sharif pada Isnin melantik wanita menyandang jawatan setiausaha luar, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).

Tehmina Janjua yang kini memegang jawatan sebagai diplomat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva akan memulakan tugas baharunya itu pada minggu pertama bulan Mac, kata kenyataan Kementerian Luar.

Janjua mempunyai pengalaman selama hampir tiga dekad sebagai diplomat. Beliau berkelulusan ijazah sarjana dari Universiti Quaid-e-Azam di Islamabad dan Universiti Columbia, New York.

Pada tahun 2001 hingga 2015 beliau memegang jawatan sebagai duta ke Itali dan sebelum itu menjadi jurucakap kepada Kementerian Luar.


Analisis menunjukkan Janjua bakal berdepan cabaran susulan hubungan diplomatik yang tegang antara India dan Afghanistan selain hubungan dengan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran baharu Presiden Donald Trump. – BERNAMA

Kategori