Tawaran Eksklusif & Promosi Pada Jelajah Samsung

KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia Electronics (Samsung) akan memulakan jelajah di seluruh negara pada 21 hingga 24 Sept, bersempena dengan pelancaran rasmi Samsung Galaxy Note 8 di Malaysia, disamping menawarkan pelanggan promosi dan tawaran yang eksklusif.

Jelajah itu akjan diadakan di Pavilion Kuala Lumpur, Gurney Plaza (Pulau Pinang) dan AEON Tebrau City (Johor Bahru).

Samsung dalam satu kenyataan hari ini, berkata pelanggan yang membeli Samsung Galaxy Note 8 pada jelajah itu juga akan menerima secara percuma, Samsung Gear VR dan Pelindung Skrin Samsung, masing-masing bernilai RM499 dan RM149.

Di samping itu, 100 pelanggan pertama pada jelajah di Pavillion KL juga akan berpeluang untuk bertemu dengan pelakon Running Man dari Korea Selatan, Song Ji-Hyo di pentas.

Samsung turut memberikan ganjaran kepada pelanggannya melalui aplikasi Samsung Pay pada jelajah tersebut.

Pelanggan hanya perlu mengaktifkan aplikasi tersebyt dengan menggunakan kad kredit atau debit mereka untuk menebus baucar minyak Petronas bernilai RM10.

Di samping itu, pengguna aplikasi mySamsung juga akan menikmati kudap-kudapan percuma daripada The Coffee Bean & Tea Leaf, Clinique, Honest Bee, Air Asia, Agoda dan Zalora.

Selain daripada jelajah tersebut, pelanggan juga berhak mendapatkan Maybank Treats Points dan menerima percuma dua pengecas dalam kereta bernilai RM89 dengan setiap pembelian Galaxy Note 8 melalui Maybank 0% Ezy Pay Plan di mana-mana cawangan Samsung Experience Store.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi itu, lawati www.samsung.com/my/note8-promo/. – BERNAMA

Loading...