Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kucupan Mesra Kekasih Pemain...

MUNGKIN ada sedikit kegembiraan bagi penyokong England meskipun tersingkir di 16 pasukan terbaik...

Jualan Perdagangan Borong Dan...

KUALA LUMPUR - Jualan sub-sektor perdagangan borong dan runcit mencatatkan pertumbuhan 8.2 peratus...

Kos Sara Hidup, Pemilikan...

KUALA LUMPUR - Isu kos sara hidup dan pemilikan rumah menjadi agenda utama...

124 Mangsa Masih Di...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 124 orang setakat...

Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 14 Jun

KUALA LUMPUR – Tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Khamis, 14 Jun bersamaan 29 Ramadan 1439 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan pada Rabu bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Sebanyak 29 tempat dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal iaitu di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Negeri Sembilan; Bukit Melawati di Kuala Selangor, Bukit Jugra di Banting dan Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor.

Tempat lain ialah Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong di Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak di Kuala Muda, Pemandangan Indah Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Kedah.

Bukit Besar di Kuala Terengganu, Bukit Geliga di Kemaman dan Balai Cerap Kusza, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Mukim Merang di Setiu, Terengganu; Bukit Peraksi di Pasir Puteh dan Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur Daerah Olak Jeram di Kuala Krai, Kelantan; Tanjong Lubang di Miri; Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.


Balai Cerap Al-Biruni Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah; Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan, Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru di Simpang Empat, Perlis.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa melalui radio dan televisyen. – BERNAMA

Kategori