Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Kempunan Tamat Kemarau...

MANILA - Skuad badminton lelaki negara gagal menamatkan kemarau 14 tahun pingat emas...

Buaya Tembaga 3 Meter...

KUANTAN – Seekor buaya tembaga sepanjang tiga meter berjaya ditangkap dalam satu operasi...

Pelantikan Neelofa Adalah Atas...

KUALA LUMPUR – "Tidak perlu tua untuk menjadi seorang pengarah," kata Ketua Pegawai...

ICJ Bakal Dengar Semula...

RASMI... Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengadakan perbicaraan awam bagi dua kes Pulau Batu...

Tangguh PLKN Tak Jejas Kakitangan Tetap – Hishammuddin

Dalam perutusan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, salah satu pengumuman yang dibuat bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi global adalah penangguhan PLKN sesi 2015 untuk dibuat semakan semula.

Isu tersebut turut mendapat perhatian Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien yang juga Menteri Pertahanan.

Ujar beliau, keputusan itu tidak akan menjejaskan kedudukan operator-operator kem serta jurulatihnya.

Katanya menerusi akaun Twitter, “Saya beri jaminan kepada stakeholders PLKN bahawa penangguhan tahun ini tidak akan menjejaskan operator-operator kem, jurulatih dan mereka yang mempunyai jawatan tetap.”

Untitled (2) Untitled (3)

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan tentang satu perbincangan yang dijadual diadakan pada bulan hadapan dan menghimpunkan pihak-pihak berkepentingan termasuk operator kem, ibu bapa, jurulatih, pertubuhan bukan kerajaan, serta institusi kewangan bagi tujuan mentransformasikan PLKN.


Dalam kenyataan pagi tadi (Selasa), Datuk Seri Najib berkata, PLKN bagi sesi 2015 ditangguhkan untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM400 juta. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Datuk Seri Najib Di Majlis Tahlil Bapanya, Allahyarham Tun Razak

https://www.youtube.com/watch?v=f-S9u3QC_Zo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori