Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Comel! Justin Timberlake Kongsi...

TIDAK seperti kebanyakan selebriti tempatan yang gemar menunjukkan anak mereka menerusi media sosial,...

Hebat Sultan Johor Manfaatkan...

SULTAN Johor bertitah lebihan bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bernilai...

Aliran Trafik Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan semakin meningkat setakat...

Johor Umum Bantuan Rakyat...

Iskandar Puteri : Kerajaan Johor mengumumkan insentif khas Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ)...

Tangani Segera Isu Air Penduduk Chuping

KANGAR – Kerajaan negeri digesa agar menyelesaikan segera masalah dihadapi lebih 500 penduduk di beberapa kampung di Chuping dekat sini berkaitan isu bekalan air bersih sejak lebih 30 tahun lepas.

Antara kampung terlibat ialah Kampung Belukar Lenga, Sungai Buluh, Batu Bertangkup dan Baru di Chuping dekat sini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena Asrul Nizan Abd Jalil berkata masalah semakin meruncing apabila penduduk mendakwa mereka langsung tidak mendapat bekalan air bersih sehingga terpaksa menadah air hujan untuk kegunaan harian mereka sejak sebulan lalu.

“Kerajaan negeri perlu turun padang untuk menyelesaikan segera masalah ini demi kebaikan penduduk,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata walaupun pihak pengurusan Syarikat Air Perlis (SAP) ada menghantar bekalan air menggunakan lori ke kampung terlibat, ia masih tidak mencukupi.


SAP juga perlu mengkaji semula bil air yang terpaksa dibayar pengguna, memandangkan kini hanya ‘angin’ yang keluar daripada pili mereka. – BERNAMA

Kategori