Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mira Filzah Sudah Dirisik?

KUALA LUMPUR - Nampaknya Mira Filzah mungkin bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama...

Mangsa Banjir Di Rembau...

REMBAU - Jumlah mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 37 orang berbanding...

13 Jasad Mangsa Tragedi...

MUAR - Dua lagi jasad mangsa kemalangan bas ekspres di KM137.3 Lebuh Raya...

P. Ramlee Tak Pernah...

SUSULAN kenyataan penerbit tersohor, David Teo yang dikatakan menghina seniman agung Tan Sri...

Tanaman Tembikai: FGV Sewakan 125 Hektar Tanah

JEMPOL – Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV) menyewakan seluas 125 hektar tanah di Felda Palong 21, di sini kepada syarikat C Senhuat Sdn Bhd bagi projek perintis tanaman tembikai.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata ia sebagai tanaman sampingan kepada ladang-ladang kelapa sawit yang sedang menjalani proses tanam semula.

“Projek ini akan memberi peluang kepada masyarakat peneroka tempatan untuk menambah pendapatan.

“Kami menyewakan tanah ini pada kadar RM100 seekar setahun dan tempoh perjanjian dengan syarikat pemaju itu ialah selama dua tahun. Langkah ini juga mampu memberi penjimatan kos penyelenggaraan kepada FGV manakala pengusaha pula dapat usahakan tembikai,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Projek Perintis Pembangunan Tanam Semula Kelapa Sawit Bersama Tanaman Tembikai di sini.

Turut hadir Ketua Kluster Sawit Huluan FGV Datuk Ir Jamlus Aziz.

Mohd Isa dalam pada itu menegaskan bahawa projek berkenaan bukanlah perniagaan terbaru FGV sebaliknya syarikat itu hanya menyewakan tanah miliknya untuk diusahakan syarikat dan manfaat masyarakat peneroka.


Dalam pada itu, beliau berkata penanaman itu yang dijangka mampu mengeluarkan sebanyak 10,750 metrik tan untuk sekali pusingan, akan dipasarkan untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Terdahulu, Mohd Isa dalam ucapannya berkata projek berkenaan adalah projek percubaan yang jika berjaya akan dikembangkan di kawasan Felda yang lain.

“Tembikai ini adalah buah yang boleh dikomersialkan dan mempunyai pasaran yang baik di luar negara.

“Saya mengharapkan projek ini berjaya,” katanya. – BERNAMA

Kategori