Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

BN Janji Tingkat Azam...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini merakamkan...

Nokia ‘Bernafas Semula’ Dengan...

HMD Global, syarikat Finland yang memegang lesen untuk mengeluarkan peranti mudah alih hari...

Gempa Bumi Lemah 2.6...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter melanda Ranau,...

MYEG Perjelas Berita Isu...

KUALA LUMPUR - MY E.G. Services Bhd (MYEG) tidak dapat proses permohonan pembaharuan...

Tanah Runtuh: Operasi Cari, Selamat Mangsa Diteruskan

GEORGE TOWN – Operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini disambung semula pukul 8 pagi ini.

Setakat ini enam mayat telah dijumpai manakala lapan orang lagi masih terperangkap.

Operasi yang bermula pukul 9.10 pagi semalam berakhir kira-kira 8 malam tadi dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 1.10 tengah hari.

Jurucakap Pusat Gerakan dan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata walaupun operasi ditangguhkan pada pukul 8 malam tadi, namun pasukan bomba dan penyelamat termasuk pasukan khas Bomba Storm, Smart dan Unit K9 meneruskan operasi disebabkan pencahayaan dan peralatan yang mencukupi.

“Operasi tetap diteruskan sehingga mayat yang terakhir ditemukan,” katanya.

Mayat keempat dan kelima merupakan warga Indonesia dikenali sebagai Hosrin dan Erwin masing-masing ditemui pada pukul 11.31 malam dan 2.45 pagi.


Mayat keenam ditemukan pada 3.59 pagi. Bagaimanapun identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Terdahulu, dua mayat warga Bangladesh, Hussin dan Yunus masing-masing ditemui pada pukul 9.55 pagi dan 10.45 pagi semalam manakala mayat Elyas warga Myanmar ditemui pada 1.10 tengah hari.

Kejadian tanah runtuh itu dilapor pada pukul 8.57 pagi melibatkan 14 mangsa dipercayai tertimbus di bawah runtuhan itu. – BERNAMA

Kategori