Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kontraktor Tetak Rakan Guna...

SUNGAI PETANI: Dendam lama menjadi punca seorang lelaki ditetak menggunakan sabit hingga cedera...

Tanam Tong Sampah Gergasi...

Hamboi... tu dia tong sampah gergasi terus dibagi!Gara-gara kes kecurian tong sampah yang...

Jho Low Mungkin Masuk...

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan kontroversi yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)...

Penunggang Motosikal Maut Dihempap...

KUANTAN - Seorang pekerja pelabuhan maut akibat dihempap pokok tumbang dalam kejadian hujan...

Tanah Runtuh Di Jawa Tengah, Lebih 80 Orang Masih Hilang

Para penyelamat yang kini sedang berusaha mencari lebih 80 orang yang masih hilang akibat tanah runtuh di Indonesia mula menggunakan jentolak dan traktor untuk membuka laluan ke lokasi kejadian.

Sekurang-kurangnya 26 orang sudah pun disahkan mati apabila hujan lebat berterusan mengakibatkan tanah runtuh yang melanda Kampung Jemblungan di Jawa Tengah, kelmarin.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia Sutopo Purwo Nugroho berkata enam mayat telah ditemui hari ini, sebanyak 82 orang lagi masih hilang.

MENARIK – 16 Maut, 300 Dikhuatiri Hilang Tanah Runtuh Di Sri Lanka

“Saya amat bimbang,” kata seorang penduduk bernama Sutinem yang mana 12 orang ahli keluarganya termasuk anaknya dipercayai tertimbus di bawah tanah.

Menurutnya, setakat ini hanya jenazah ibunya yang telah ditemui.

Ketika kejadian Sutinem tiada di kawasan kejadian sebaliknya pergi bekerja di Jawa Barat.

“Saya terkejut melihat kampung saya hilang ditimbus tanah… Saya berdoa pihak kerajaan akan berjaya menemui mereka secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu wakil pihak Tentera Republik Indonesia Edi Rahmatullah berkata mereka sedang berusaha sedaya upaya mengesan mereka yang tertimbus.

“Ia satu cabaran besar kerana kami masih menggunakan cara biasa dan lokasi kejadian begitu berlumpur,” katanya.

Ketua Agensi Mencari Dan Menyelamat Wilayah Agus Haryono berkata usaha mencari bergerak agak perlahan kerana keadaan muka bumi di tempat kejadian masih belum stabil.

“Kawasan yang terlibat begitu besar dan dikelilingi oleh bukit, tanah di situ masih peroi dan belumpur jadi kami terpaksa menggali dengan perlahan untuk mengelakkan berlakunya lagi tanah runtuh,” katanya.

Difahamkan anjing pengesan turut dihantar untuk membantu mengesan lokasi mayat yang tertimbus.


Pihak berkuasa kini menggunakan jentera berat untuk membersihkan kesan runtuhan yang tingginya kira-kira 3 meter yang menutupi laluan utama ke tempat tanah runtuh.

“Hari ini, operasi mencari mangsa akan menggunakan jentera menggali yang berat, tanah runtuh sudah pun menghalang laluan untuk masuk ke tempat kejadian sejak semalam,” kata Nugroho.

Video Tanah Runtuh Jawa Tengah

http://youtu.be/cvv2brNn1tg

Kira-kira 1,250 orang termasuk polis, tentera dan sukarelawan terlibat dalam misi mencari dan menyelamat.

Presiden Indonesia Joko Widodo yang tiba di wilayah Jawa Tengah di daerah Banjarnegara hari ini, menegaskan bahawa operasi menyelamat perlu disegerakan.

Jokowi_2

 

MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori