Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gila Cekik Darah… Kari...

GAMBAR sekeping resit yang dikeluarkan oleh sebuah restoran mamak terkenal di ibu negara...

Tiada Kompromi Namun Tidak...

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap individu yang terlibat dalam aktiviti membuli...

Pocong Suka Merompak Penduduk...

JAKARTA - Penduduk Solo sebelum ini sering digemparkan dengan kemunculan perompak yang berpakaian...

Kehadiran Mukhriz Hanya Tanda...

SEMALAM, selepas penguguran nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam...

Tanah Runtuh: 3 Maut, 10 Masih Tertimbus

GEORGE TOWN – Tiga maut, seorang cedera manakala 10 lagi dipercayai masih tertimbus di dalam runtuhan tanah di tapak projek pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, di sini hari ini.

Dua daripada mayat itu ditemui di bahagian luar runtuhan itu dan berjaya dikeluarkan manakala pihak penyelamat masih berusaha mengeluarkan satu lagi mayat yang telah ditemui.

Mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

“Dua mayat warga Indonesia ditemui pada pukul 10 pagi,” kata Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Moktar.

Identiti kesemua mangsa bagaimanapun belum dipastikan.

Setakat pukul 2 petang ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus masih dijalankan oleh pasukan penyelamat.

Kejadian tanah runtuh itu dilapor pada pukul 8.57 pagi melibatkan 14 mangsa dipercayai tertimbus di bawah runtuhan itu.

Mereka terdiri daripada seorang rakyat tempatan manakala yang lain terdiri daripada rakyat Indonesia, Rohingya dan Bangladesh, kata Saadon.


Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan tiga zon pada keluasan 15 meter persegi dan pihaknya menjangkakan operasai mencari dan menyelamat akan mengambil masa memandangkan kesemua mangsa dipercayai tertimbus agak dalam dengan tanah liat dan kemungkinan berlaku runtuhan lain.

“Kecerunan kawasan tanah runtuh 35 meter dan keadaan itu agak menyukarkan kerja-kerja menggali tanah…ada setengah tempat dianggap tak selamat,” katanya.

Saadon berkata ketika kejadian kesemua mangsa yang tertimbus itu menjalankan kerja di bahagian bawah tanah (basement) bangunan yang sedang dibina itu.

“Yang runtuh adalah bahagian basement…mereka baru buat bahagian basement,” katanya.

Sementara itu Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Datuk Maimunah Mohd Sharif berkata pihak MBPP telah mengeluarkan arahan henti kerja bagi projek itu.

“Kami tunggu laporan daripada jurutera untuk mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya di lokasi kejadian. – BERNAMA

Kategori