Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Makan ‘Ayam Goreng Berulat’...

SABAK BERNAM - Seorang wanita terkilan selepas menemui ulat dalam hidangannya ketika menjamu...

Renjer Bebaskan Anjing Daripada...

KOTA KINABALU - Seekor anjing yang kepalanya terperangkap dalam bekas plastik di tempat...

Polis Marin Rampas 439...

KUCHING - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima merampas 439 batang kayu balak...

Anggota ‘Geng Mamak’ Didakwa...

IPOH - Seorang anggota 'Geng Mamak' hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan...

Tanah Mendap Di Cheras, 2 Kereta Rosak Teruk

KUALA LUMPUR – Penduduk Flat Midah Ria, Taman Midah Cheras, di sini cemas selepas dikejutkan dengan kejadian tanah mendap berhampiran parkir blok kediaman mereka awal pagi ini.

Kejadian pada kira-kira 5 pagi itu turut mengakibatkan dua buah kereta yang diparkir jatuh ke dalam longkang besar yang terletak hampir 100 meter dari blok kediaman itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 6.45 pagi dan tiba di lokasi kejadian 15 minit selepas itu.

“Hasil tinjauan mendapati saliran air pecah dalam tanah mengakibatkan tanah mendap dan terhakis. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya.

Pemilik kenderaan Wan Fatimah Wan Long, 28, berkata beliau terperanjat melihat kereta Honda Jazz miliknya berada dalam longkang selepas menerima panggilan telefon daripada pengawal keselamatan kira-kira 5.30 pagi tadi.


Jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata ketika kejadian terdapat kira-kira lima kenderaan diletakkan di tempat parkir itu bagaimanapun tiga daripadanya tidak terjejas dan sempat dialihkan, manakala sebuah lagi kereta rosak di bahagian belakang dan bawah.

“Saya terima panggilan daripada pengawal keselamatan dan rakan juga telefon suruh saya turun tengok keadaan kereta. Bila saya turun kereta memang sudah teruk,” katanya yang menambah ia merupakan kejadian kedua berlaku sepanjang 12 tahun beliau menetap di flat berkenaan. – BERNAMA


 

Kategori