Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Panik, Waspada Hadapi...

SANDAKAN - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menasihati penduduk di daerah-daerah...

Polis Rompin Rampas 1.84kg...

ROMPIN - Polis daerah Rompin merampas 1.84 kg heroin bernilai kira-kira RM50,000 dalam...

15 Mei Dengar Permohonan...

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 Mei ini...

Peniaga Mengaku Tidak Bersalah...

ALOR SETAR - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Tan Sri Abdullah Ahmad Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik, Tun Abdul Razak Hussein iaitu Tan Sri Abdullah Ahmad atau lebih dikenali Dollah Kok Lanas, 79, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini akibat kanser.

Menurut isteri Allahyarham, Puan Sri Fauzah Mohamed Derus, suaminya meninggal dunia 1.15 tengah hari tadi di sisi beliau dan anak-anaknya.

Allahyarham meninggalkan isteri dan tiga orang anak iaitu dua lelaki, Adhha Amir, 47; dan Ahmad Fuad, 42; serta seorang anak perempuan Hamdia Munirah, 45.

Fauzah berkata amanat terakhir Allahyarham ialah ingin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ayesha di Kok Lanas, Kelantan.

Difahamkan jenazah akan dikebumikan esok pagi.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Jalan U-Thant di sini kira-kira 3.45 petang.

Allahyarham pernah memegang jawatan timbalan menteri, duta khas Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, wakil rakyat dan bekas Ketua Pengarang kumpulan New Straits Times Press.

Anak sulung Allahyarham, Adhha Amir menyifatkan bapanya seorang yang berprinsip, prihatin, beretika dan berhati mulia.

“Ayah selalu mengingatkan anak-anak supaya menjaga maruah keluarga dan mengambil berat tentang kebajikan keempat-empat cucunya,” katanya.

Adhha Amir berkata bapanya disahkan menghidap kanser esofagus tahap keempat selepas Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.


“Allahyarham menjalani rawatan susulan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya sehinggalah pada Isnin lepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai berikutan penyakitnya telah merebak ke bahagian pinggang dan hati,” katanya.

Seorang rakan karib Allahyarham, Tun Musa Hitam menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilagan besar kepada negara.

“Abdullah merupakan contoh terbaik kepada sesiapa yang berminat menceburi bidang politik kerana kami berkecimpung dalam bidang yang sama,” katanya sambil menambah Allahyarham seorang yang dipercayai dan berdedikasi menjalankan tugas.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham di kediaman Jalan U-Thant.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberikan penghormatan terakhir.

Orang kenamaan lain yang hadir termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi; bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam; bekas menteri kewangan dan anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah; bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, serta Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori