Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Akta Pendidikan Perlu Dipinda...

PUTRAJAYA - Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) disyorkan dipinda bagi membolehkan pendaftaran institusi...

Tun M Jadi Bodoh...

BUAT julung kali dalam sejarah tanah air, tentera siber propembangkang 'senyap' melaporkan berita...

Cristiano Ronaldo Dinobat Pemain...

BINTANG kelahiran Portugal, Cristiano Ronaldo dinobatkan pemain terbaik Eropah oleh Persekutuan Bola Sepak...

Nafi Manipulasi Aaisyah Untuk...

TINDAKAN pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan yang tampil dengan produk makanan...

Tambang Bas Panorama Guna Touch ‘N Go Mulai Sept

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka telah melaksanakan sistem bayaran tambang secara elektronik bagi bas henti-henti yang dikendalikan Syarikat Panorama dalam usaha mempertingkat kualiti perkhidmatan pengangkutan awam dan memudahkan pengguna di negeri itu, sejak September lepas.

Exco Pengangkutan, Pemulihan Projek dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Lim Ban Hong hari ini memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri, buat permulaan 45 bas henti-henti mula melaksanakan pembayaran tambang menggunakan kad Touch ‘n Go.

“Ia dijangka akan diperluaskan secara berperingkat bagi semua bas di bawah syarikat berkenaan.

“Dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan bas yang berkualiti dan mesra pelanggan beberapa pendekatan telah diambil oleh kerajaan negeri bersama syarikat bas henti-henti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ng Choon Koon (BN-Bemban) yang bertanya mengenai mekanisme untuk mengawal kualiti perkhidmatan bas tersebut.

Lim berkata selain itu, 40 bas dilengkapi dengan sistem navigasi kenderaan (GPS) dan kamera litar tertutup (CCTV) bagi membolehkan pihak pengurusan memantau perjalanan bas supaya mengikut jadual ditetapkan selain meningkatkan tahap keselamatan penumpang.


“Bagi memantapkan perkhidmatan pengangkutan awam itu, kami sudah laksanakan pemasangan CCTV sejak Julai tahun lepas, manakala pemasangan GPS sejak April tahun lepas,” katanya.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan tambahan Tey Kok Kiew (DAP-Bandar Hilir) mengenai perkhidmatan bas percuma di lokasi tumpuan orang ramai di negeri ini, Lim berkata kerajaan negeri belum bercadang untuk menyediakan perkhidmatan itu.

Beliau berkata kerajaan negeri sebaliknya sedang merangka kertas kerja untuk memberi perkhidmatan bas percuma pada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) selain menyediakan kemudahan elektronik untuk memudahkan pergerakan dan menjaga kebajikan golongan itu yang menggunakan kenderaan awam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori