Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

APM Pantau Keadaan Fenomena...

ALOR SETAR - Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Setar bersedia untuk memindahkan penduduk...

Lebih 50 Laporan Polis...

KUALA LUMPUR - Polis menerima lebih 50 laporan berhubung himpunan Hari Wanita Sedunia...

DAP Bantah Hanya Islam...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan antara sebab...

Ayam Dalam Bekas Babi...

SINGAPURA - Selepas Singapura gempar dengan tindakan biadap seorang lelaki Cina hina seorang...

Tambahan RM2 Juta Untuk JPS Kelantan Hadapi Banjir

PASIR PUTEH – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan menerima peruntukan tambahan RM2 juta daripada kerajaan persekutuan untuk projek persediaan menghadapi kemungkinan banjir di Kelantan hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Pengarah JPS Kelantan Shahimi Sharif berkata antara projek yang telah dan sedang dilaksanakan ialah membersih, mendalam dan membaik pulih tebing sungai di negeri ini.

“Ini bagi melicinkan aliran arus sungai ke Laut China Selatan bagi mengurangkan risiko banjir apabila hujan lebat berterusan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai amaran Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai kemungkinan berlaku hujan lebat bermula 26 atau 27 Nov ini di negeri pantai Timur Semenanjung.

Shahimi berkata JPS Kelantan sebelum ini menerima peruntukan sebanyak RM25 juta dan peruntukan tambahan itu diperoleh, awal bulan ini.

Beliau berkata bagi kerja pembaikan yang melibatkan peralatan menyukat data hujan, aras air sungai dan siren amaran banjir yang rosak telah siap dilaksanakan.


“Ini termasuk membaik pulih kerosakan pagar dan alat penyukat hujan di stesen Gua Musang dan Aring (Gua Musang),” katanya.

Beliau berkata JPS juga akan memantau dua pintu kawalan air pasang surut di Geting, Tumpat dan Tok Bali di Pasir Puteh, kemungkinan peningkatan paras air laut yang boleh menyebabkan keadaan lebih buruk di kedua-dua jajahan itu.

“Apabila air laut pasang tinggi dan serentak dengan hujan lebat di daratan, ini boleh menyebabkan air daripada sungai tidak dapat mengalir ke laut dan mengakibatkan banjir,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori