Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Kalau ‘Slow Learner’, Boleh...

KUALA LUMPUR: Kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang menyifatkan Universiti...

Hattan Pengetua, Faizal Ismail...

PETALING JAYA - Konsert minggu pertama Akademi Fantasia 2014 (AF2014) membuat kejutan apabila...

Omicron: Jangan Panik, Terus...

Kuala Lumpur : Kebanyakan kes yang membabitkan jangkitan Covid-19 varian Omicron dilaporkan di...

KPDNKK Rampas Pelbagai Barangan...

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka merampas pelbagai...

Taman Tugu Antara Usaha Jadikan KL Bandar Bertaraf Dunia

KUALA LUMPUR – Transformasi kawasan Tugu Negara kepada taman rimba kota (Taman Tugu) adalah antara usaha ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata projek seluas 26.7 hektar yang fasa pertamanya akan siap pada pertengahan 2018, bertujuan menambah tempat beriadah untuk warga kota.

“Ini kenyataan yang tidak dapat kita tolak. Kita kini sedang berjuang ke arah itu (menjadikan Kuala Lumpur bertaraf dunia).

“Kita akan belanja RM60 bilion untuk MRT, RM10 bilion untuk LRT, RM4.4 bilion untuk ‘River of Life’ dan juga High Speed Rail yang akan menjadi kenyataan beberapa tahun lagi,” katanya ketika berucap melancarkan Projek Taman Tugu di sini hari ini.

Hadir sama ister perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Najib berkata Taman Tugu diharap sinonim dengan Kuala Lumpur sebagaimana London yang sinonim dengan Hyde Park serta Central Park yang sinonim dengan New York.

Beliau mengingatkan pihak terlibat dalam pembinaan Taman Tugu mengekalkan nilai-nilai sejarah yang terdapat di kawasan itu seperti Tugu Negara.

“Nasi lemak Tang Lin jangan dilupa. Saya ingat dulu saya berbasikal tanpa pengiring ke sini untuk beli nasi lemak ketika itu 30 sen harganya. Itu semua nilai-nilai yang boleh dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata bagi memastikan taman yang diwujudkan itu menepati kehendak rakyat, kerajaan akan mendapatkan cadangan orang awam mengenai kemudahan yang perlu ada di kawasan berkenaan termasuk cadangan nama yang sesuai.


“Ini projek yang mengujakan. Ini usaha bersepadu antara banyak pihak. Dengan pelbagai kemudahan, ia sekelip mata akan jadi taman dengan ciri-ciri hutan hujan tropika. Dengan pokok-pokoknya, unggasnya…Boleh anda bayangkan,” katanya.

Perdana menteri berkata pada masa akan datang pemimpin dunia yang melawat Malaysia juga akan dijemput menanam pokok di taman itu sebagai menghargai kedatangan mereka.

Kawasan taman berkenaan, yang terletak di belakang monumen Tugu Negara, kini diliputi hutan sekunder dan akan diubah menjadi sebuah taman rimba kota, dilengkapi kemudahan rekreasi dan pembelajaran untuk manfaat rakyat negara ini.

Ia merupakan projek tanggungjawab sosial korporat Khazanah Nasional Berhad
(Khazanah) dengan kerjasama beberapa kementerian serta syarikat swasta.

Projek di atas tanah yang dianggarkan bernilai RM2.1 bilion itu menelan kos RM650 juta yang 75 peratus atau RM500 juta dibiayai oleh Khazanah.

Antara kemudahan yang disediakan setelah taman itu siap kelak ialah dek pejalan kaki yang akan menghubungkan taman itu dengan KL Sentral. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori