Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Wang Zakat ‘Harus’ Diberi...

KOTA KINABALU - Fatwa mengenai pengagihan wang zakat untuk orang bukan Islam di...

Asyraf Ingin Perkukuh UMNO...

KUALA LUMPUR – UMNO akan memberi keutamaan kepada aspek pengukuhan parti tersebut dahulu...

Persiapan Untuk Pengundian Awal...

ROMPIN - Persiapan bagi pengundian awal pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin esok...

Motosikal Suspek Bunuh Dr....

JUMPA... Sebuah motosikal dipercayai digunakan oleh dua suspek yang menembak mati pensyarah universiti...

Taman Tema Animasi MAPS Dijangka Beroperasi Disember

IPOH – Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS), taman tema animasi bertaraf antarabangsa yang pertama di Asia, dijangka mula beroperasi di Meru pada awal Disember ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang bermesyuarat hari ini antara lain membincangkan mengenai status pembangunan yang dijalankan di negeri ini.

“Projek taman tema animasi itu kini di peringkat terakhir dan dijangka mula operasi pada awal Disember ini,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka PKNP di sini, hari ini.

Beliau berkata PKPN juga akan membangunkan sebuah taman tema air dan sebuah taman tema bercirikan hutan, yang dijangka mampu merancakkan lagi pembangunan berteraskan taman tema di Perak.

“Projek dua taman tema ini akan disegerakan malah, PKNP sudah mempunyai perancangannya setelah MAPS siap sepenuhnya,” katanya.

Zambry berkata dengan siapnya ketiga-tiga taman tema itu, yang kosnya dianggarkan lebuh RM1 bilion, kawasan Meru bakal menjadi tarikan utama pelancongan di negeri ini.

Dalam pada itu, Zambry turut mengucapkan tahniah kepada pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi selepas sekali lagi mencipta sejarah apabila menjuarai perlumbaan motosikal Grand Prix (GP) Jerman di Litar Sachsenring pada Ahad.


Ia merupakan kemenangan kedua pelumba berusia 17 tahun itu, yang mewakili Honda Team Asia, selepas kejuaraan di GP Argentina pada April lepas.

Anak kelahiran Kampung Gajah, Perak itu membuktikan beliau sememangnya ‘Raja Litar Basah’ apabila menguasai perlumbaan sehingga tamat dengan catatan masa 47 minit 07.763 saat.

Kemenangan itu membolehkan Khairul Idham menduduki tempat ke-10 keseluruhan selepas mengumpulkan 54 mata. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori