Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hamil 3 Bulan, Linda...

TIADA angin, tiada ribut pasangan yang tidak pernah digosipkan dengan sebarang masalah rumah tangga,...

Lagu Rakyat Sambut Ketibaan...

KUALA LUMPUR - Lagu khas genre 'rakyat' yang diubah suai liriknya, menggamatkan Dewan...

Perodua Melancarkan Bezza Di...

KUALA LUMPUR - Pengeluar kereta nasional, Perodua melancarkan Bezza di Mauritius, menjadikan negara...

Che Ta Teruja Untuk...

FUH! Kagum kami dengan semangat pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau Che...

Takziah, Jasad Suami Mangsa Bot Terbalik Ditemui

Setelah empat hari hilang dihanyutkan arus banjir, akhirnya jasad mangsa kedua bot terbalik di Kampung Geliga Che Akob, Kemaman, Terengganu, berjaya ditemui sebentar tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Mangsa, Suhaimi Awang, 37, merupakan suami kepada Norhayati Sulong, 37, yang juga menemui ajal dalam tragedi sama yang dipercayai berlaku setelah bot yang mereka naiki terperangkap dalam pusaran deras.

Mayat Suhaimi ditemui tidak jauh dari tempat penemuan mayat Norhayati semalam (Jumaat),.

Mayat guru wanita tersebut berjaya ditemui kira-kira 700 meter dari tempat kejadian bot terbalik itu berlaku.

cik hayati (1)

Menurut kenyataan abang kepada Norhayati, Razali Sulong, dia dan keluarganya bersyukur atas penemuan jenazah adiknya. Mereka turut mengadakan solat hajat dan majlis bacaan Yasin bersama penduduk dan pasukan mencari dan menyelamat.


Penemuan jasad Suhaimi menjadikan angka korban meningkat kepada tiga orang di Terengganu setakat ini, selepas anggota penyelamat menemui mayat Norhayati dan mangsa pertama, Nurrashiddah Baharuddin, 14 tahun.

Nurrashidah dilaporkan tergelincir di sebuah sungai di Kampung Kesom Che Nordin, Manir sebelum mayatnya berjaya ditemui dua hari lalu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Sedutan Rakaman Video Amatur Kawasan Banjir Yang Melanda Negara

https://www.youtube.com/watch?v=lol6PobMWnw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori