Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SPRM Cari 4 Individu...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media memaklumkan...

UMANY Mohon Maaf Kepada...

SHAH ALAM - Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) memohon maaf kepada Yang...

Syed Mohammad Syafiq Mahu...

KUALA LUMPUR - Pemain hoki kebangsaan, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan mahu memastikan...

12Rnow Aplikasi Pertama Himpun...

IPOH - 12Rnow (I Want to Register Now) merupakan aplikasi pertama di Malaysia...

Tak Mengaku Bersalah Simbah Asid Pada Ibu Saudara

SEORANG penggubah bunga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas dua pertuduhan mencederakan dua wanita termasuk ibu saudaranya menggunakan asid sehingga melecur di muka dan badan.

Shafiqah Izzati Badrul Hisham, 21, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Suzana Hussin selepas dua pertuduhan itu dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Shafiqah didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap ibu saudaranya, Rafzaliza Rafli, 34, dan rakan Rafzaliza, Nadia Mohd, Khalid, 35, dengan menggunakan asid menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami lecur yang teruk di bahagian muka dan badan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Kencana Fasa 2, Pandan Perdana pada 3.30 petang, 29 Januari lepas mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh kerana tertuduh mempunyai hubungan keluarga dengan Rafzaliza dan atas faktor keselamatan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan dia diikat jamin dengan alasan dia mengalami gangguan emosi.


Suzana tidak membenarkan tertuduh diikat jamin atas alasan seperti yang dipohon oleh pihak pendakwaan dan menetapkan 4 Mac untuk sebutan semula kes.

Difahamkan kejadian berlaku berpunca daripada masalah hutang. – BERNAMA

Kategori