Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PRN: DAP Masih Tunggu...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP masih menunggu persetujuan daripada rakan...

Sistem Pemberian BR1M Perlu...

PADANG RENGAS - Sistem pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) perlu dikaji semula bagi...

Letupan Di Gurun Kedah...

Polis negeri Kedah percaya kejadian letupan yang berlaku di Taman Ria Mesra 2,...

Google Padam Foto Bogel...

Takut disaman, Google akhirnya memutuskan untuk memadam kesemua gambar bogel selebriti Hollywood yang...

Tak Jadi Ke Roma, Malcom Sertai Barcelona

BARCELONA memeterai perjanjian bernilai £45.5 juta (RM242.9 juta) bersama pemain Bordeaux, Malcom selepas menyambarnya dari Roma.

Perjanjian itu bernilai £36.5 juta dengan tambahan £9 juta.

Kelab dari Sepanyol itu membuat pengumuman mengenai pemain berusia 21 tahun sebelum beliau ke ibu negara Itali.

Bagaimanapun, isu dramatik itu nampaknya memberi kesan serius kepada pemain tengah Chelsea, Willian yang menantikan Barcelona untuk perjanjian dengan kelab Stamford Bridge dengan nilai £70 juta.

Chelsea menolak tawaran £65 juta untuk Willian pada Isnin tetapi perbincangan dijangka berterusan.
Malcom membatalkan penerbangan malamnya ke Rom, meninggalkan peminatnya yang kecewa di lapangan terbang.


Situasi untuk Roma bertambah buruk apabila kelab itu dimaklumkan bahawa bakat muda itu mahu menyertai Barcelona.

Malcom telah menandatangani perjanjian selama lima tahun sehingga akhir musim 2022-23. – Mail Online UK/mStar Online

Kategori