Tahniah V Shem & Wee Kiong – Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga dengan pencapaian pasangan beregu badminton lelaki negara yang memperoleh pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016.

“Goh V Shem – Tan Wee Kiong telah berikan usaha terbaik mereka. Saya bangga dengan pencapaian mereka, pingat perak ketiga #MAS! Tahniah!,” katanya dalam catatan di laman Twitter.

V Shem-Wee Kiong tewas kepada beregu China Fu Haifeng-Zhang Nan 21-16, 11-21, 21-23 dalam perlawanan mendebarkan yang berlangsung di Riocentro Pavilion 4 awal hari ini.

Ini merupakan pingat perak ketiga Malaysia selepas dua pingat yang disumbangkan gandingan penerjun negara Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam acara terjun 10 meter platform seirama, serta pasangan beregu badminton campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengucapkan tahniah kepada V Shem-Wee Kiong.

“Perlawanan sengit. Tahniah beregu badminton negara semangat juang yang tinggi. Sukan satukan hati seluruh rakyat Malaysia,” katanya di laman Twitter. – BERNAMA

Loading...