Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Madonna Sokong Perarakan Bantah...

WASHINGTON - Ikon pop antarabangsa, Madonna, membuat penampilan mengejut pada Perarakan Wanita, yang...

ISTAF: Malaysia, Thailand Berentap...

MELAKA - Musuh tradisi sepak takraw, Malaysia dan Thailand, bakal berentap pada perlawanan...

Jualan Kraftangan Hingga April...

PUTRAJAYA - Jualan kraftangan negara sehingga April tahun ini meningkat 28 peratus kepada...

Boeing Business Jets Umum...

KUALA LUMPUR - Boeing Business Jets mengumumkan jualan BBJ MAX 9 pertamanya pada...

Tahfiz, Pondok Perlu Utamakan Aspek Keselamatan

KOTA BHARU – Pusat pengajian agama sama ada sekolah tahfiz atau sekolah pondok perlu memberi penekanan terhadap aspek keselamatan termasuk mencegah daripada berlaku kebakaran.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan sentiasa memberi peringatan kepada pihak pengurusan pusat pengajian berkenaan namun kebakaran masih dilaporkan berlaku membabitkan institusi itu.

“Kita sudah arahkan pihak pengurusan memberi penekanan ke atas perkara ini bagi mengelakkan perkara sama (kebakaran) berulang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Hududullah di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Ahmad mengulas kebakaran yang memusnahkan 14 pondok di Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir di sini, malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan.

Sementara itu, Mudir madarasah berkenaan Mohd Jalaluddin Hasayuti Mohamed berkata kebakaran itu berkemungkinan berpunca daripada litar pintas berikutan sistem pendawaian lama di pondok terbabit.

“Apapun saya bersyukur walaupun bangunan pondok musnah namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika ditemui di madrasah berkenaan.

Beliau berkata setakat ini, kesemua 24 pelajar yang tidak mempunyai tempat tinggal ditempatkan sementara di blok asrama madrasah itu.


Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) turut menghulurkan bantuan segera RM54,000 bagi membantu pihak pengurusan madrasah itu, yang disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua MAIK Dr Nik Azlan Abd Hadi.

“Kita akan salurkan bantuan untuk membina bangunan baharu menggantikan pondok yang musnah dalam kebakaran tersebut,” katanya.

Nik Azlan turut menasihatkan pihak pengurusan sekolah tahfiz dan pondok di Kelantan supaya mengutamakan aspek keselamatan termasuk membuat pemeriksaan pendawaian elektrik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rafain Mat Zin berkata pihaknya masih menyiasat punca kebakaran itu. – BERNAMA

Kategori