Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Timbalan Speaker Terima Kunjungan...

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming hari ini...

Rakyat Perlis Dilarang Buat...

KUALA PERLIS - Penduduk di negeri ini termasuk petani dilarang melakukan pembakaran terbuka...

Pelajar Ceria Nikmati Semula...

TIDAK dapat digambarkan bagaimana gembiranya pelajar di Academia Bautista de Puerto Nuevo di...

Lantik Kontraktor Baharu Bina...

SEGAMAT - Kementerian Kesihatan akan melantik kontraktor baharu bagi meneruskan pembinaan enam hospital...

Tahanan Reman Lari Ketika Menerima Rawatan Di Hoshah

KUANTAN – Seorang tahanan reman bagi kes curi, melarikan diri ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (Hoshah) malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang SAC Othman Nayan berkata, suspek lelaki berumur 29 tahun yang merupakan tahanan lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran sebelum itu telah mengadu sakit perut dipercayai apendiks, dibawa ke Klinik Kesihatan di Maran untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hoshah.

“Suspek yang ditahan pada 13 Mac lepas menerima rawatan di salah satu wad di hospital berkenaan dalam keadaan tangan bergari dengan dikawal oleh seorang anggota polis yang bertugas.

“Bagaimanapun ketika anggota berkenaan ke tandas, suspek telah bertindak melarikan diri selepas berjaya menanggalkan gari di tangannya dan hal itu disedari oleh seorang petugas di hospital itu sebelum bertindak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis pada 8.40 malam,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Berikutan itu, polis telah menjalankan operasi bagi mengesan suspek di hospital berkenaan dan kawasan sekitar sejak semalam.

Beliau turut menyeru kepada orang ramai yang mengetahui dan ternampak individu mencurigakan supaya segera menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.


“Saya juga ingin mengingatkan supaya tidak ada mana-mana pihak yang bertindak melindungi suspek daripada pihak polis kerana mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melindungi tertuduh yang lari daripada tahanan sah,” katanya.

Katanya anggota polis yang berkenaan juga kini dalam proses untuk dikenakan tindakan mengikut Seksyen 223 kanun yang sama iaitu cuai ketika melakukan tugasan sehingga menyebabkan suspek atau OKT melarikan diri.

Sementara suspek yang berasal dari Felda Kampung Awah, Maran pula akan didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan polis. – BERNAMA

Kategori