Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cover Album Anatomi Faizal...

PENYANYI dan penghibur berbakat, Faizal Tahir menerusi laman Facebook dan Instagramnya memuat naik...

3 Maut Nahas Trak...

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya tiga maut manakala seorang lagi cedera parah selepas sebuah...

Kanak-Kanak 11 Tahun Antara...

MIRI - Polis menahan 19 suspek termasuk seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun...

Istana Negara Menerima Sijil...

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia hari ini menyampaikan Sijil Perakuan...

Tadika Semai Semangat Patriotik Sejak Awal

KUANTAN – Pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ menjadi pendorong kepada tenaga pendidik Tadika Pintar al-Quran Batu 3 kelolaan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) umtuk mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan hari ini.

Perkarangan tadika dihiasi dengan bendera Jalur Gemilang dan 70 kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun juga merasai pengalaman menyertai perbarisan, menyanyikan lagu patriotik dan mengenakan pakaian yang diperbuat daripada bendera Malaysia.

Guru besar tadika itu Ain Sofia Mohd Ghazali berkata sambutan diadakan bagi memberi pendedahan maksud kemerdekaan dalam diri anak asuhan selain menanam sikap patriotik dan cintakan negara.

“Penglibatan dalam program ini bukan hanya melibatkan murid dan guru, tetapi turut mendapat kerjasama ibu bapa dalam proses menyiapkan pakaian Jalur Gemilang. Malah mereka juga hadir memeriahkan acara hari ini.

“Saya seronok melihat kanak-kanak ini gembira dengan sambutan ini. Mungkin mereka masih kecil untuk memahami makna sebenar kemerdekaan, tetapi sekurang-kurangnya mereka ada sedikit pengetahuan tentang negara seperti Jalur Gemilang,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya kanak-kanak terbabit juga sangat teruja apabila dimaklumkan tentang sambutan itu kerana masing-masing pernah menontonnya di televisyen atau pernah dibawa melihat perarakan kemerdekaaan oleh ibu bapa mereka.


Sementara itu, Fansurina Abdullah, 34, berkata dia mengambil masa dua hari untuk menyiapkan baju Jalur Gemilang untuk anaknya Muhammad Al-Fateh Zafri, 5, yang begitu bersemangat untuk ke sekolah hari ini.

“Fateh memang suka dengan bendera… dan apabila saya tunjukkan pakaian yang siap kepadanya, dia tidak berhenti senyum. Hari ini memang mudah untuk kejutkan dia bangun pagi sebab tahu akan pakai baju bendera,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MUIP

Kategori