Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Langgan Pelacur Guna ‘We...

SINDIKET pelacuran kini beralih kepada modus operandi baru untuk mencari pelanggan dengan menggunakan...

Pemandu Treler Didakwa Sebabkan...

SUNGAI SIPUT - Seorang pemandu treler di hadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Siput...

Syed Saddiq Dijangka Jumpa...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bertemu...

Jabatan Perikanan Rampas Lebih...

PARIT BUNTAR - Cawangan Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Daerah Kerian merampas 344 unit...

Tadbir Urus Adil, Telus Mampu Tangani Salah Tanggap Islam

PETALING JAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata para pemimpin Islam boleh mengubah persepsi negatif terhadap agama melalui tadbir urus yang adil dan telus.

Perdana menteri berkata tadbir urus yang baik boleh mewujudkan kepercayaan dalam kalangan rakyat dan apabila lebih banyak kepercayaan wujud, umat Islam mendapat peluang yang lebih hebat untuk memerangi kejahilan.

“Satu daripada cabaran utama yang mesti kita hadapi adalah perbuatan ganas dan kejam pengganas dan pelampau yang mendakwa bertindak atas nama Islam.

Malangnya, perkara ini telah memesongkan persepsi tentang agama kita. Ini persepsi negatif yang kemudiannya diperbesarkan kepada orang ramai oleh media,” kata Najib dalam ucaptama pada pelancaran Forum Kepimpinan Dunia islam 2016 di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Najib berkata ia terpulang kepada umat Islam bukan sahaja untuk menentang stereotaip ini tetapi menghadapi ancaman kumpulan pelampau dan pengganas dengan menjadi dan bersiap sedia untuk menjadi pemimpin yang bijak dengan memiliki integriti yang hebat.

“Ketakutan adalah sesuatu yang dahsyat, emosi yang mempunyai rasa keraguan dan terasing yang diterapkan dalam usaha untuk mengawal manusia.


“Marilah kita menghentikan penyebarannya dan menentang tindakan-tindakan sedemikian dengan penuh solidariti dan kekuatan,” kata Najib.

Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab untuk melahirkan pemimpin yang boleh menunjukkan contoh yang boleh diikuti orang lain daripada segenap kepercayaan dan kaum.

Najib berkata pemimpin yang hebat bukan sahaja mencapai kejayaan peribadi dan kehebatan dalam usaha yang dipilih mereka sendiri tetapi juga membawa orang lain bersama-sama dengan atau menggunakan platform mereka sendiri untuk menaikkan orang lain.

Najib juga mahu forum itu turut membincangkan industri halal dan dan kewangan Islam dan juga sebagai cara untuk mewujudkan kerjasama yang lebih luas dengan negara-negara lain.

Forum dua hari itu dianjurkan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia dan Global One Foundation of UK yang menggalakkan dialog di antara dunia Islam dan bukan Islam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori