Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahathir Kata BN Sabah...

IBARAT paku dulang, paku serpih, tapi kata kepada orang, dia pula yang lebih......

Azmin, Zuraida Tidak Dijemput...

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib...

Hari Pertama Yang Sibuk...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempunyai jadual padat pada...

Polis Lengkapkan Kertas Siasatan...

BUKIT MERTAJAM - Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes kematian pembantu rumah warga...

Tabung Pendidikan Dilancar Bantu Pelajar Malaysia Di Mesir

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh hari ini melancarkan Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia bertujuan membantu pelajar Malaysia yang menghadapi masalah pembiayaan pengajian di Mesir.

Idris berkata sumbangan yang diterima melalui tabung inisiatif kementerian bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu akan tertumpu kepada pelajar yang kurang berkemampuan serta mereka yang cemerlang dalam pelajaran.

“GPMS akan perhalusi kes pelajar kita di Mesir termasuk punca tunggakan dan universiti pengajian mereka, sebelum mengagihkan sumbangan yang dikumpul melalui tabung ini.

“Bantuan ini juga akan disalurkan kepada pelajar yang sudah tamat pengajian namun gagal menjelaskan tunggakan yuran pengajian,” katanya selepas melancarkan tabung itu di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan 150 pelajar Malaysia di Mesir berdepan penyingkiran ekoran kegagalan membayar hutang yuran pengajian yang mencecah hampir RM4.5 juta secara keseluruhan.

Mereka yang terbabit ialah pelajar jurusan perubatan, pergigian dan farmasi yang bergantung sepenuhnya dengan keluarga untuk membayar yuran pengajian dan sara hidup mereka.

Setakat tengah hari ini, hampir RM4 juta telah dikumpul hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan, syarikat korporat, universiti-universiti awam Malaysia dan individu.

Ditanya mengenai cadangan penambahan kuota pelajar perubatan di universiti awam sebagai jalan penyelesaian, Idris berkata perkara itu memerlukan persetujuan ahli lembaga universiti serta perlu mengambil kira kemampuan universiti menerima jumlah pelajar.


Dalam pada itu, Presiden GPMS Zambri Mohd Isa berkata pihaknya yang melawat Mesir baru-baru ini mendapati 662 pelajar perubatan, pergigian dan farmasi di lapan universiti utama di Mesir memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian mereka.

Menerusi lawatan itu, GPMS mendapati jumlah pembiayaan pengajian yang tertunggak dianggarkan mencecah RM21 juta dengan purata kos pengajian sebanyak RM33,000 setahun.

“Alhamdulillah hari ini permulaan yang baik kita menerima hampir RM4 juta tetapi kami masih memerlukan lagi sumbangan daripada pelbagai pihak dengan segera untuk mengagihkan bantuan ini pada akhir bulan ini juga, bagi memastikan semua anak-anak kita dibenarkan mengambil peperiksaan pada November ini,” katanya.

Menjelaskan lanjut, Zambri berkata pelajar yang ingin mendapatkan bantuan perlu memohon melalui laman web GPMS sebelum pihaknya menilai keadaan pelajar seterusnya memberi sumbangan.

Sumbangan boleh dilakukan melalui akaun Bank Islam (14162011001958), Bank Simpanan Nasional (1410041000271292) atau sumbangan melalui online di https://gpms.org.my/tabungmesir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori