Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tabung Haji Kekal Jual...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji kekal dengan keputusan untuk menjual tanahnya seluas...

Mayat Kanak-Kanak Dibaham Buaya...

SAMARAHAN - Mayat kanak-kanak perempuan yang dibaham buaya ganas di Kampung Sungai Mata...

Jenazah Bekas Pemain Bola...

KUALA TERENGGANU - Jenazah bekas pemain bola sepak Terengganu musim 2001, Alfian Aziz,...

Didakwa Kuat Cemburu, Ayda...

PENYANYI yang juga pelakon, Ayda Jebat memilih mengunci mulut daripada bercakap mengenai kontroversi...

Tabung Haji Nafi Dakwaan Husam Berhubung Kompleks TH

KUALA LUMPUR – Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan Bekas Naib Presiden Pas Pro-Pakatan Harapan, Datuk Husam Musa kononnya kontraktor pertama projek pembinaan Kompleks TH yang ditamatkan perkhidmatan menerima 70 peratus bayaran.

TH dalam satu kenyataan media memberitahu, cuma satu subkontraktor telah ditamatkan perkhidmatannya oleh Turnkey Development Contractor TH dan dibayar hanya 10.83 peratus daripada jumlah harga kontrak.

“Satu subkontraktor telah ditamatkan perkhidmatannya kerana kelewatan menyiapkan kerja-kerja seperti termaktub dalam terma kontrak berbanding peratusan kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor tersebut sebanyak 17 peratus,” kata kenyataan itu hari ini.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor turut menuduh TH membayar dua plot tanah 1MDB di TREX dengan ratusan juta ringgit.

“Jika begitu, TH telah membazirkan sebegitu banyak wang pencarum Melayu,” tuduh Husam.

TH pula menjawab: “Mengenai pembelian plot tanah di Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur pula, pihak TH hanya membeli satu plot tanah sahaja”


Mynewshub.cc pada 13 Februari lalu melaporkan, Husam akan dihadapkan kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS kerana melakukan tindakan yang bercanggah dengan kepentingan parti itu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik berkata, tindakan ke atas ADUN Salor di Kelantan itu diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Husam yang disingkirkan daripada barisan pimpinan PAS pada pemilihan parti tahun lalu menjadi duri daging dalam PAS kerana sering `menyerang’ kepimpinan tertinggi parti itu.

Beliau diketepikan daripada saf barisan kepimpinan PAS kerana dilihat terlalu taksub kepada PKR dan mengikut telunjuk DAP yang membentuk Pakatan Harapan. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori