Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Cheow Lin Tambah Pingat...

LANGKAWI – Skuad pelayaran nenagar menambah satu lagi pingat perak melalui kategori Windsurfing...

400 Pengunjung Lihat Laut...

LANGKAWI : Lebih 400 pengunjung mengambil peluang menyaksikan sendiri fenomena 'laut terbelah' susulan...

Isu Cium: Janna Nick...

JANNA Nick, nama yang tak asing lagi daripada industri hiburan masa kini. Kontroversi...

‘Belum Ada Keperluan Dos...

KUALA LUMPUR – "Setakat ini tidak ada dos keempat," kata Ketua Pengarah Kesihatan,...

Tabung Haji Kekal Jual Tanah Tun Razak Exchange

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji kekal dengan keputusan untuk menjual tanahnya seluas 0.63 hektar di pusat kewangan, Tun Razak Exchange (TRX).

Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abd Rahim berkata transaksi berkenaan sedang dalam proses untuk dimuktamadkan dan akan membolehkan Tabung Haji memperoleh sedikit keuntungan.

“Kita telah buat keputusan jual dan telah ada pembeli,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan hadiah kepada johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-58 di sini, hari ini.

Tabung Haji membeli tanah tersebut dengan harga RM188.5 juta.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pembeli tanah berkenaan.

“Kita akan maklumkan dalam masa terdekat ini selepas kita muktamadkan penjualan,” katanya.


Pada 9 Mei lalu, Tabung Haji memutuskan untuk menjual tanahnya di TRX atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas pembelian tanah berkenaan dari 1Malaysia Development Bhd menerima reaksi yang pelbagai dari orang ramai sehingga mencetuskan kegusaran dalam kalangan pendeposit Tabung Haji.

Sementara itu, qari dari Kelantan, Wan Ainuddin Abdullah, 33, dan qariah dari Pahang, Siti Husnaa Hassan, 23, menerima sebuah kereta Proton Preve setiap seorang, dengan nilai keseluruhan hadiah berjumlah hampir RM124,000, selepas muncul juara qari dan qariah tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan.

Tilawah berkenaan yang berakhir pada 25 April lalu diadakan di Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan tema “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori