Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Vui Keong Masih Tak...

SANDAKAN - "Mohon sama-sama doakan Ahli Parlimen Batu Sapi," kata Naib Presiden Parti...

”Sedekah’ Sehingga RM600 Ditawar...

KUALA LUMPUR : Pemberian wang tunai ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)...

Perak Mohon Bantuan Tangani...

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata negeri...

Sultan Johor Pantau Prestasi...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah...

Tabung Haji Buat Laporan Polis Ke Atas Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan tuduhan agensi itu memberi jaminan korporat kepada syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Berhad (THHE).

Sehubungan itu, TH telah membuat laporan polis ke atas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang menyebarkan dakwaan tidak berasas tersebut di media sosial.

“TH telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan (Rafizi) berkaitan dakwaan-dakwaan dan dokumen-dokumen yang telah disebarkan oleh beliau.

“Langkah ini diambil oleh TH bagi menjaga kepentingan para pendeposit dan reputasi TH sebagai sebuah institusi Islam di Malaysia.

“TH akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan secepat mungkin,” kata TH dalam satu kenyataan media hari ini.

BACA JUGA: Propaganda Rafizi Jejaskan Pendeposit Tabung Haji

Rafizi yang dikenali ramai sebagai pakar propaganda pembangkang sebelum ini mendakwa TH memberi jaminan korporat kepada THHE.


Beliau turut melampirkan salinan sepucuk surat kononnya daripada kerajaan kepada pegawai kanan TH pada 8 Disember 2015 berkaitan perkara itu berjumlah sehingga AS$228.2 juta.

Beliau mendakwa kerajaan meluluskan permohonan itu yang tertakluk kepada beberapa syarat digariskan. - MYNEWSHUB.CC

[wpdevart_youtube]VFpI0J-Xsok[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori