Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Waris Naza Dan Berjaya...

AKHIRNYA... Waris kepada dua buah syarikat korporat terbesar di Malaysia, Naza Group dan...

Keganasan, Pembunuhan Terhadap Wanita...

SULAIMANIYAH, IRAQ: Keganasan terhadap wanita meningkat di wilayah Kurdish utara di Iraq dengan...

Wenger Dijangka Ke AC...

ARSENE Wenger semakin hampir untuk kembali ke padang bersama AC Milan. Laporan di Perancis...

Kos Persediaan Atlet Antara...

KUALA LUMPUR - Kos persediaan atlet adalah antara sebab penganjuran temasya Sukan Malaysia...

T-Team Tewaskan Kedah Untuk Layak Ke Suku Akhir

KUALA LUMPUR – Wakil Liga Super, T-Team menjadi pasukan terbaharu mengesahkan slot ke suku akhir Piala Malaysia selepas menang tipis 1-0 ke atas Kedah dalam aksi kelima Kumpulan A di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.

Jaringan Maiga Abdoulaye Youssouf pada minit ke-58 sudah mencukupi untuk skuad The Titan mengiringi Kedah ke suku akhir.

Kedah sebelum ini telah menempah slot ke suku akhir selepas mengutip 10 mata daripada empat perlawanan.

Satu lagi aksi Kumpulan A menyaksikan Sarawak dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) seri 1-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching.

Pemain tengah Nur Shamie Iszuan Amin meletakkan Sarawak di hadapan pada minit ke-14 sebelum Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak menyamakan kedudukan untuk JDT II pada minit ke-41.

Dalam pada itu, perebutan slot ke suku akhir bagi Kumpulan C kembali terbuka setelah pendahulu kumpulan, Perak tewas 1-2 kepada PKNS FC di Stadium Shah Alam manakala juara Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) menang selesa 4-1 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.


Pada aksi di Shah Alam, Shahrul Saad membuka tirai jaringan untuk Perak pada minit ke-26 sebelum PKNS FC bangkit pada babak kedua menerusi sentuhan penyudah dua pemain importnya, Juan Manuel Cobelli pada minit ke-51 dan Matias Hadwa pada minit ke-81.

Terdahulu, Perak terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah D. Kenny Pallraj dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain PKNS FC.

Di Larkin, JDT menang selesa 4-1 ke atas PDRM hasil jaringan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-23 dan 29 serta Mohd Nazrin Nawi pada minit ke-53 dan 60.

Guilherme de Paula menjaringkan gol saguhati untuk PDRM pada masa tambahan babak pertama perlawanan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori