Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Kereta Pegawai Kastam...

PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan kes empat kenderaan milik...

Media Prima Beli Anak...

KUALA LUMPUR - Media Prima Digital Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh tidak...

Tentera Thailand Boikot Lazada

BANGKOK: Tentera Diraja Thailand melarang unitnya memesan produk melalui platform dalam talian Lazada...

Hospital UniSZA Beroperasi Penuh...

KUALA NERUS - Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dijangka beroperasi secara...

Syarikat Telco Akan Tampil Cadangan Turun Harga

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo hari ini berkata, beliau berharap semua syarikat telco akan mengemukakan cadangan cara-cara bagi mengurangkan harga broadband dan meningkatkan kelajuan kemudahan itu, tidak lama lagi.

Beliau berkata, usaha itu bagi memberi tumpuan terhadap kualiti perkhidmatan yang seiring dengan dasar kerajaan Pakatan Harapan bagi menyediakan perkhidmatan internet kepada semua.

“Perlu ada kerjasama daripada semua pihak yang berkenaan agar ia menjadi kenyataan,” katanya sebagai jawapan balas satu hantaran Twitter daripada @liciece (lelaki).

@liciece menyuarakan kebimbangan beliau terhadap sebuah penyedia komunikasi dan internet, yang menyatakan ia tidak berhasrat untuk mengkaji semula pelan gentian sedia ada namun sering meminta pelanggan agar sentiasa rujuk kepada laman web berkenaan untuk maklumat lanjut.

Menjawab kepada satu tweet daripada Shamsuri Mohamed, Gobind Singh berkata satu perbincangan sedang diadakan dengan Telekom Malaysia mengenai masalah yang dihadapi oleh pengguna Streamyx.


“Perkara asas melibatkan masalah infra. Saya harap penyelesaiannya dapat dicari dan pengumuman dapat dibuat dalam masa terdekat,” katanya. – BERNAMA

Kategori