Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bayaran Fasa Kedua BPN...

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang giat memproses rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin...

Jawapan-Jawapan Najib Kepada Soalan...

KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjawab pelbagai...

31 Individu Dipenjara Dalam...

AMMAN - Mahkamah keselamatan negara kendalian tentera Jordan telah menjatuhkan hukuman penjara antara...

Kucing Dipos Sejauh 1,126km...

SEEKOR kucing secara tidak sengaja telah masuk ke dalam sebuah kotak lama dan...

Syarikat Pembinaan Didenda RM35,000 Ingkar Tutup Premis

KUALA LUMPUR – Syarikat pembinaan Maran Econ Build Sdn Bhd hari ini didenda RM35,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mengingkari perintah penutupan premis yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Majistret Zura Syazween Hamizan menjatuhkan hukuman denda itu terhadap syarikat berkenaan selepas pengarahnya, yang namanya tidak didedahkan, mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Zura Syazween menjatuhkan hukuman denda RM8,500 dan denda tambahan RM500 setiap hari bermula 23 Ogos lepas sehingga hari ini.

Mahkamah juga memerintahkan wakil syarikat berkenaan dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, syarikat tersebut didapati mengingkari perintah penutupan premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Mohd Asri Muda bertarikh 23 Ogos 2014 di premis tapak binaan di Lot 28368, Jalan 24/26, Seksyen 10, Wangsa Maju di sini pada 10.25 pagi 28 Ogos lepas.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8(8) dibaca bersama Seksyen 8(3)(aa) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 23(a) akta sama yang membawa hukuman tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, hasil pemantauan pegawai Pejabat Kesihatan Titiwangsa Shumizan Siron mendapati kerja pembinaan di tapak berkenaan tidak mematuhi perintah penutupan premis yang dikeluarkan kepada kontraktor tapak pembinaan itu pada 23 Ogos lepas, bagi menjalankan kerja-kerja pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan KKM Ideris Mohamed manakala syarikat itu diwakili R.Rameswaran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori