Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Teguk Racun Stres Hutang...

WANITA bertindak meneguk racun rumpai di rumahnya di Simpang Durian, Jelebu. Ketua Polis Jelebu,...

Logo Halal Baharu Hanya...

PASIR SALAK - Malaysia tidak memerlukan logo halal baharu untuk memasarkan produk Muslim...

Tabung Harapan Malaysia Untuk...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan menubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk menerima derma rakyat bagi...

VIDEO : Berjalan Di...

Subhanallah.. beberapa orang pengembara telah menemui sebuah tasik di kawasan pergunungn Tatras di...

Syarikat Minyak & Gas Digesa Promosi Pengguna Gas Asli

KUALA LUMPUR – Syarikat minyak & gas boleh membantu mempromosikan penggunaan gas asli, selain tenaga boleh baharu sebagai pilihan untuk bahan api yang lebih bersih bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata inilah masa yang sesuai untuk menggalakkan penggunaan gas asli dalam pasaran baharu memandangkan harganya yang lebih menarik, hasil daripada infrastruktur pelaburan yang tepat.

“Saya berharap syarikat serta kerajaan dapat membentuk usaha sama pintar bagi memanfaatkan potensi gas asli sepenuhnya sebagai pilihan yang berdaya maju dari segi komersial dan alam sekitar.

“Dua langkah ini sangat penting dalam menyokong satu sama lain, dan bukan sebaliknya,” katanya dalam ucaptama pada Persidangan Minyak dan Gas kali ke-19 di sini hari ini.

Beliau berkata syarikat minyak dan gas juga boleh membantu meningkatkan teknologi bagi mengurangkan jumlah pelepasan gas rumah hijau dalam proses industri masing-masing.

“Saya faham, terdapat usaha yang dilaksanakan dalam pembangunkan teknologi pengurusan karbon dioksida (CO2), termasuk oleh Petronas. Saya berharap lebih banyak lagi yang boleh dilakukan untuk mencapai lonjakan kuantum dalam meningkatkan dan melaksanakan teknologi ini, ” katanya.

Najib berkata banyak penemuan gas telah membantu merangsang pertumbuhan industri gas asli cecair (LNG) di Timur Tengah, Asia Pasifik dan Australia.

“Kemunculan lebih banyak pengeluar, peningkatan bekalan dan harga gas yang kompetitif telah mengubah LNG kepada sumber tenaga yang menarik bagi ekonomi pesat membangun, dan ia juga mempunyai manfaat intensif karbon yang jauh lebih rendah.

“Saya percaya peserta industri boleh bekerjasama untuk menyokong penggunaan LNG yang lebih luas dengan menawarkan penyelesaian komersial yang inovatif dan bantuan teknikal kepada negara-negara yang mempunyai minat yang masih baru dalam sektor ini,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) telah meramalkan bahawa permintaan tenaga global akan berganda menjelang 2050, bukan sahaja kerana penduduk dunia yang semakin meningkat, dan legasi peserta industri perlu bekerja lebih keras dan menyusun semula keutamaan strategik untuk kekal relevan dan mampan dalam jangka masa panjang .

Najib berkata industri minyak dan gas terus menjadi peneraju dalam penggunaan teknologi minyak dan gas yang meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

“Dengan kebangkitan Internet Segala-galanya, penggunaan analitis data maya dan automasi, industri itu akan dapat menawarkan sumber tenaga pada harga yang lebih baik,” katanya.


Beliau berkata berdasarkan kedudukan realiti dan pendekatan baharu yang diterima pakai oleh penggiat utama, ekonomi Malaysia terus berdaya tahan walaupun berlaku kekangan.

“Tahun lepas kita merekodkan pertumbuhan 4.2 peratus. Ekonomi tahun ini diunjur tumbuh antara 4.3 dan 4.8 peratus, disokong oleh permintaan domestik yang sihat dan pelaburan sektor swasta yang rancak,” katanya.

Najib berkata eksport kasar dijangkakan meningkat pada tahap yang lebih pantas sebanyak 2.7 peratus hasil daripada pemulihan dalam eksort komoditi serta permintaan kukuh untuk produk elektronik dan elektrik, yang diunjur merangsang sektor pembuatan.

Najib berkata menerusi Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP), sektor tenaga dijangka mencatat pertumbuhan tahunan sebanyak lima peratus sehingga 2020, mengubah Malaysia sebagai hab perdagangan minyak dan penyimpanan serantau serta memastikan jaminan bekalan tenaga jangka panjang untuk pasaran domestik.

Beliau berkata pelaburan US$7 bilion oleh Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco) dalam projek Pembangunan Bersepadau Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor, membutkikan tarikan semasa Malaysia sebagai destinasi pilihan pelaburan tenaga.

“Kedudukan ini jelas meletakkan industri minyak dan gas sebagai pemacu terbesar ETP. Pelaburan ini juga menjadikan Saudi Aramco sebagai pelabur tunggal terbesar di negara ini setakat ini,” katanya.

Najib sebelum itu melancarkan kemudahan LNG terapung pertama dunia, PFLNG Satu, milik Petronas.

Beliau berkata PFLNG Satu merupakan pengubah penting dalam industri itu, menyepadukan proses pencecairan, pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan LNG ke medan gas luar pesisir.

“Kita bangga Petronas sudah membangunkan teknologi ini, yang akan mengekalkan kelebihan saingan syarikat sebagai pembekal utama LNG dunia,” katanya.

Bertema “Realiti Baharu-Memacu Pendekatan Baharu”, persidangan dua hari itu menghimpunkan pemimpin utama industri, pembuat dasar dan perwakilan dari seluruh dunia. – BERNAMA

Kategori