Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tindakan Tegas Ibu Bapa...

KUALA LUMPUR - Ibu bapa yang didapati menggunakan anak-anak mereka untuk mengemis akan...

Mahkamah Ketepi Rayuan Saman...

PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah...

Kerangka Perundangan Diskriminasi Gender...

PUTRAJAYA - Kerajaan masih dalam proses menggubal kerangka perundangan untuk menangani diskriminasi berasaskan...

Cristiano Ronaldo Sahkan Teman...

BINTANG Real Madrid, Cristiono Ronaldo mengesahkan teman wanitanya, Georgina Rodriquez kini sedang hamil...

Sweden Bina Jalan Raya Pengecas Kenderaan

TEKNOLOGI masa kini yang canggih telah berjaya dicipta, mendorong pelbagai inovasi dihasilkan oleh pakar-pakar atau saintis termasuklah membuat jalan raya pengecas kenderaan elektrik.

Lapor The Guardian, Sweden telah memperkenalkan jalan raya di dunia yang membolehkan kenderaan dicas semula semasa dipandu baru-baru ini.

Jalan raya yang berukuran 50 meter dari beberapa bahagian, mampu mengukur jumlah tenaga yang digunakan oleh sesebuah kenderaan dan mengenakan bayaran yang sesuai kepada pengguna kenderaan.

Apabila kenderaan melalui jalan raya tersebut, secara automatik kenderaan akan dicas dan bekalan elektrik diputuskan apabila kenderaan itu berhenti.

Pembangunan jalan raya tersebut sebagai alternatif penyelesaian mampan dan menjimatkan kos selain membantu mewujudkan pengangkutan masa hadapan yang bebas fosil.


Eksekutif Konsortium eRoadArlanda dan Pengarah Pembangunan Perniagaan NCC, Hans Sall berkata, di Sweden terdapat kira-kira setengah juta kilometer jalan raya, di mana 20,000 kilometer (km) adalah lebuh raya.

“Sekiranya kita membina lebuh raya elektrik sejauh 20,000 km pasti akan mencukupi. Jarak antara dua lebuh raya tidak lebih dari 45 km dan kereta elektrik sudah boleh meneruskan perjalanan tanpa perlu berhenti untuk dicaj semula,” katanya.

Sweden menyasarkan untuk bebas daripada petrol pada 2030 yang memerlukan pengurangan 70% dalam sektor pengangkutan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori