Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Aksi Penjaga Zoo Cedera...

BELUM pun reda kisah seorang lelaki di China ngeri dibaham harimau gara-gara memanjat...

Penuntut USM Maut Jatuh...

GEORGETOWN : Seorang penuntut Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) ditemukan...

UNIKL BMI Sedia Urus...

KUALA LUMPUR - Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UNIKL BMI) bersedia untuk...

Perkhidmatan ATM, Laman Web...

PETALING JAYA - Beberapa perkhidmatan Maybank termasuk pengeluaran wang daripada mesin ATM dan...

Suspek Utama Kes Tetak Wanita Di Klang Ditahan

SHAH ALAM – Polis menahan seorang lelaki berusia 37 tahun bagi membantu siasatan kes isterinya ditetak dalam kejadian di Taman Klang Jaya, dekat sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata suspek utama itu adalah antara empat suspek yang ditahan di beberapa lokasi secara berperingkat sejak Jumaat lepas hingga hari ini.

“Suspek utama ditahan hari ini. Turut dirampas daripada kesemua suspek adalah sebuah kereta, sebilah parang dan beberapa telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi Khamis lepas, mangsa berusia 42 tahun yang berada di tempat kerja dikatakan dikunjungi dua lelaki dan seorang daripadanya bertindak mengheret mangsa ke arah sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna biru.

“Ketika diheret ke kereta, mangsa turut ditetak beberapa kali oleh seorang suspek menggunakan parang panjang menyebabkan kecederaan di kepala, kedua-dua kaki, pergelangan tangan kiri dan belakang badan sebelum kedua-dua suspek beredar dengan membawa wanita tersebut,” katanya.


Mengulas lanjut, Shamsul Amar berkata berdasarkan maklumat terbaharu yang diterima pihaknya, wanita berkenaan dihantar ke sebuah hospital di luar Lembah Klang oleh dua suspek dan keadaannya dilaporkan stabil.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pasangan itu yang mempunyai tiga anak tidak mendaftarkan perkahwinan mereka dan motif kejadian dipercayai akibat cemburu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh. – BERNAMA

Kategori