Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aiman Tino Keluarkan Jenama...

ARTIS mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan seakan-akan sudah menjadi trend lumrah dalam kalangan...

Aliran Trafik Perlahan Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan mula perlahan...

Sebutan Semula Kes Bot...

KOTA KINABALU - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 13 Mac untuk...

Duit Palsu RM100, Peniaga...

KEMAMAN - Peniaga di Kampung Kijal dan Kemasek, Kemaman, mendakwa diperdaya wanita dan...

Suspek Utama Kes Bunuh Di Sitiawan Ditahan

MANJUNG – Polis menahan seorang lelaki dipercayai suspek utama kes pembunuhan seorang pemilik kedai jahit di Sitiawan semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata suspek berumur 45 tahun ditahan di Kampung Cina, Sitiawan di sini, kira-kira pukul 2 petang semalam.

“Polis turut merampas sebilah pisau bersama suspek. Suspek mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa dan saya percaya terdapat masalah keluarga di antara mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut, namun setakat ini tempoh reman belum diketahui lagi.

Dalam kejadian pukul 9 pagi semalam, Ling Choo Mooi, 59, mati dibunuh selepas lehernya dikelar di kedai jahit miliknya di Jalan Muhamad, Sitiawan di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori