Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jerebu: IPU Palangkaraya Cecah...

JAKARTA - Indeks pencemaran udara (IPU) di Palangkaraya, wilayah Kalimantan Tengah mencecah 3,000...

Separuh Penerima Kompaun Dana...

PUTRAJAYA - Separuh daripada 80 penerima kompaun dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah...

Pemandu Teksi Terlibat Kumpulan...

KUALA LUMPUR - Perbuatan seorang pemandu teksi yang melibatkan diri dalam kumpulan pengganas...

TMJ, Che Puan Khaleeda...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri baginda,...

Suspek Kes Samun, Rogol Pernah Ditahan Polis

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan dua suspek yang dipercayai terbabit kes samun dan rogol di sebuah premis judi dalam talian di Bandar Kinrara, Puchong, Khamis lalu, pernah ditahan untuk pemeriksaan di Wangsa Maju selepas kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, ketika dihubungi BH, hari ini mengesahkan kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah di Jalan Genting Klang, di sini, kira-kira jam 2.30 petang.

Beliau berkata, sebelum itu, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kegiatan dua lelaki yang aktif melakukan samun premis perniagaan di beberapa daerah lain.

“Ciri-ciri dimiliki kedua-dua suspek berkenaan menepati maklumat berkenaan, justeru mereka ditahan untuk pemeriksaan.

“Pemeriksaan mendapati dua lelaki itu adalah adik-beradik berasal dari Setapak berusia 22 tahun dan 26 tahun.

“Semakan lanjut tidak menemui sebarang rekod jenayah lampau atau sebarang kesalahan yang boleh mengaitkan mereka dengan kegiatan jenayah.

“Selepas selesai semakan terhadap latar belakang serta kenderaan (motosikal) dinaiki mereka, kita tidak menemui senjata atau sebarang perkara salah, maka kedua-duanya dibebaskan pada hari sama,” katanya.


Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan ke atas suspek, pihaknya tidak mengetahui mereka ada melakukan jenayah di Serdang sebelum itu.

“Anggota kita memang ada mengambil beberapa gambar ketika kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Setapak untuk proses semakan sebagai rekod mereka.

“Sejurus video kejadian itu menjadi viral, kita ada berhubung dengan polis daerah Serdang untuk berkongsi maklumat dan kita sedia membantu untuk mengesan suspek,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, berkata identiti kedua-dua suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.

Terdahulu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian berkenaan viral di media sosial sejak Jumaat lalu menunjukkan dua lelaki merogol seorang wanita secara bergilir-gilir.
Rakaman video berdurasi empat minit lima saat itu nyata menimbulkan kemarahan netizen dan rata-rata mereka menggesa pihak polis menyelesaikan kes itu dengan segera. – Berita Harian

Kategori