Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Harga RON97 Naik Lagi...

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97 terus meningkat dengan kenaikan 12 sen daripada...

Lelaki Habiskan Masa 2...

Gara-gara terlupa, seorang lelaki terpaksa menghabiskan masa selama dua minggu untuk mencari keretanya...

Kren Tumbang Di Makkah...

JEDDAH - Biro Penyiasatan dan Pendakwaan Awam (BIP) menolak sebarang motif jenayah di...

69 Ditahan Hari Pertama...

KUALA LUMPUR - Seramai 69 pesalah trafik yang telah dikenakan waran tangkap ditahan...

Suspek Kes Dera Pembantu Rumah, Bayi Didakwa Esok

BUKIT MERTAJAM – Tiga suspek membabitkan dua kes dera sehingga menyebabkan kematian pembantu rumah Indonesia dan bayi berusia 46 hari di sini, minggu lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, esok.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata polis sudah mendapat arahan Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini untuk mendakwa suspek terbabit dalam dua kes itu.

“Kami menyerahkan kertas siasatan dua kes itu kepada Pejabat Peguam Negara hari ini dan selepas perbincangan, mereka (Pejabat Peguam Negara) mengarahkan polis mendakwa mereka terbabit dalam kejadian itu esok.

“Dua wanita didakwa berhubung kes pembantu rumah, manakala seorang lelaki didakwa berhubung kes dera bayi,” katanya, di sini, hari ini.

Pembantu rumah warga Indonesia, Adelina Lisio, 28, yang parah termasuk luka dan lebam pada badan, mati ketika dirawat di Hospital Bukit Mertajam pada jam 4.45 petang 11 Februari lalu.

Adelina ditemui kira-kira jam 8 malam 10 Februari selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pembantu kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Lim dan menahan sepasang adik-beradik sebelum menahan ibu mereka iaitu majikan mangsa bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pada Khamis lalu pula, seorang bayi, Nurul Ain Umairah Muhammad Firdaus, berusia 46 hari, meninggal dunia kira-kira jam 10.45 pagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Seberang Jaya.


Laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayatnya mendapati bayi itu meninggal dunia akibat pendarahan di luar otak, selain terdapat banyak kecederaan lebam, luka dan calar di badan.

​Berikutan itu, polis menahan sepasang suami isteri yang juga ibu bapa bayi berkenaan dan mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Nik Ros Azhan berkata, bagi kes dera membabitkan pembantu rumah, wanita berusia 60 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh, manakala anak perempuannya berusia 36 tahun didakwa mengikut Akta Imigresen kerana memberi perlindungan kepada rakyat asing.

Beliau berkata, bapa Nurul Ain Umairah yang bekerja sebagai pemandu lori pula akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala ibunya berumur 26 tahun dibebaskan dengan jaminan polis serta dijadikan saksi pendakwaan – BERNAMA

Kategori