Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

5 Wanita Thailand Ditahan...

ALOR SETAR - Imigresen Kedah menahan lima wanita warga Thailand dalam Op Ikrar...

Ivanka Trump Dituduh Curi...

NEW YORK - Anak perempuan calon presiden Republikan, Donald Trump, berhadapan masalah besar...

Saman Sekolah, Guru Biar...

KUALA LUMPUR — Seorang bapa bertindak memfailkan saman cuai terhadap sebuah sekolah swasta...

WTO Bimbang Perang Tarif

LONDON – Perang perdagangan yang semakin sengit mengundang ‘risiko sebenar’ terhadap ekonomi global,...

Suspek Kes Culik Ditembak Mati Di Lahad Datu

KOTA KINABALU – Pasukan keselamatan menembak mati seorang lelaki, disyaki suspek kes culik di Lahad Datu, awal pagi tadi.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Hazani Ghazali, ketika mengesahkannya berkata, kejadian berlaku pada jam 3 pagi tadi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana satu sidang media berhubung kejadian itu akan diadakan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din di ibu pejabat ESSCOM, jam 3 petang ini.

Difahamkan, ini kes pertama membabitkan suspek penculik ditembak mati di pantai timur Sabah pada tahun ini.

Sementara itu, BH difahamkan, suspek disyaki tali barut kumpulan penculik untuk wang tebusan.


Suspek ditembak mati di perairan Silam, Lahad Datu, dipercayai ketika cuba melakukan tinjauan di kawasan berkenaan bagi melakukan penculikan.

Pihak berkuasa juga menjalankan siasatan bagi mengenal pasti latar belakang suspek, termasuk hubungannya dengan kumpulan Abu Sayyaf, yang giat melakukan penculikan di perairan Filipina dan Sabah. – BH ONLINE

Kategori