Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gambar Oppo N3 Dengan...

Oppo dijangka akan memperkenalkan sebuah telefon pintar baru pada bulan Oktober ini, dan...

RM393.8 Bilion Untuk Belanjawan...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memperuntukkan hampir RM400 bilion untuk Belanjawan 2024.Wow….pizza...

Somalia Beri Amaran Bakal...

MOGADISHU - Somalia kini mengalami kemarau terburuk yang pernah direkodkan sejak beberapa dekad,...

PBB Kutuk Israel Bina...

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pada Isnin...

Suri Rumah Tertipu Dengan Kenalan Laman Sosial

SIK – Seorang suri rumah berusia 53 tahun di sini kerugian lebih RM5,000 selepas menjadi mangsa penipuan kenalan laman sosialnya dari Amerika Syarikat yang menjanjikan kiriman kotak berisi pelbagai barangan berharga.

Namun wanita ini yang mahu dikenali sebagai Suria sehingga kini belum menerima barang yang dijanjikan itu walaupun telah membuat bayaran.

Mangsa berkata dia mengenali lelaki berkenaan yang bernama Kevin Reed sejak awal tahun ini menerusi Facebook.

“Dia mendakwa dia bekerja sebagai seorang jurutera yang memiliki perniagaan yang berjaya. Kami saling bertukar pesanan menerusi Mesengger atas dasar kenalan dan dia sering menggunakan ayat-ayat yang menunjukkan keprihatinannya terhadap saya.

“Satu hari dia memaklumkan bahawa syarikatnya berjaya mengikat kontrak tender dan ingin berkongsi kegembiraan dengan memberikan hadiah kepada saya.

“Antara yang dijanjikan termasuklah sebuah laptop, rantai leher, gelang dan beberapa barangan lain, namun saya pada mulanya menolaknya dengan baik,” katanya kepada Bernama.

Namun Suria berkata, lelaki terbabit terus mendesaknya untuk menerima hadiah berkenaan dan dia akhirnya terpaksa bersetuju untuk menerimanya dengan syarat dia tidak perlu membuat sebarang bayaran yang melibatkan pengeposan barang tersebut.

“Kenalan saya itu kemudiannya menghantar gambar bungkusan yang didakwa dikirimkan menerusi sebuah syarikat penghantaran yang dikenali umum pada 5 Ogos lalu berserta bukti slip penghantaran sehingga menyebabkan saya percaya dengan kata-katanya.

“Bagaimanapun saya kemudiannya disuruh membuat bayaran bagi caj khidmat penghantaran untuk membolehkan saya menerima barangan yang dikirim. Namun saya bertegas menolaknya kerana dari awal saya menyatakan saya tidak mahu membuat sebarang bayaran,” katanya.

Suria berkata keengganannya membuat bayaran dan menerima kiriman itu menyebabkan lelaki terbabit terus menghubunginya menerusi telefon dan itu merupakan kali pertama dia mendengar suara kenalannya itu.


“Saya turut menerima panggilan daripada seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Katty atau Siti Khatijah dari syarikat penghantaran yang meminta saya membuat bayaran bagi mendapatkan barangan yang dikirimkan.

“Saya memang menyedari kegiatan seperti ini dan sentiasa berwaspada, namun selepas berbual dengan Reed, saya seakan-akan dipukau dan mengikut sahaja arahannya untuk memasukkan wang ke dalam akaun atas nama Fedelina Takai dalam dua transaksi iaitu bernilai RM4,340 dan RM500 pada 9 Ogos lalu.

Suria berkata selepas memasukkan wang, dia terus dihubungi Katty untuk memasukkan lagi wang atas alasan belum mencukupi, bahkan Reed turut menghantar pesanan pada 11 Ogos lalu meminta agar dimasukkan lagi sebanyak RM8,000 ke dalam akaun sama kerana barangan dikirim masih ‘tersangkut’.

“Saya hanya menyedari ditipu selepas berbual mengenai perkara itu dengan anak saya. Saya kemudiannya menghubungi syarikat penghantaran terbabit namun dimaklumkan bahawa tiada penghantaran yang dibuat atas nama saya seperti yang didakwa lelaki itu.

“Saya sangkakan mereka tidak akan menghubungi saya lagi, namun sehingga hari ini mereka tetap menghubungi dan mendesak saya agar terus membuat bayaran seperti yang diminta, namun saya mengabaikannya kerana tidak mahu ditipu lebih teruk lagi,” katanya.

Susulan itu, dia membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah Sik kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sik, ASP Zulkafli Musal yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes terbabit dan ia disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori