Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Langkah Bank Negara Kurangkan...

KUALA LUMPUR - Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR)...

Jangan Ambil Jurulatih Setakat...

MELAKA - "Ambil jurulatih yang mampu melatih dan mengembangkan bakat pemain, bukan sekadar...

Produktiviti Buruh Malaysia Pada...

KUALA LUMPUR - Produktiviti buruh Malaysia meningkat 3.5 peratus kepada RM78,218 pada 2016...

20,000 Komuniti Kebun Bandar...

PETALING JAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan untuk meningkatkan komuniti...

Suri Rumah Rugi RM38,000 Ditipu Kenalan Siber

KUANTAN – Rasa teruja untuk menerima wang USD20,000 (RM79,630) menyebabkan seorang suri rumah kerugian RM38,000 yang kononnya sebagai bayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi menuntut wang itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 42 tahun yang beralamat di Raub itu mendakwa wang tersebut dikirim rakannya dari Amerika Syarikat yang dikenali menerusi laman sosial Facebook pada bulan lalu.

“Mangsa kemudiannya berbalas mesej menerusi aplikasi WhatsApp dan suspek yang mendakwa terharu mendengar kisah mangsa ingin memberikan wang USD20,000 sebagai duit belanja, yang mana mangsa bersetuju untuk menerimanya.

“Suspek kemudiannya mendakwa telah membuat transaksi, namun wang tersebut ditahan pihak kedutaan kerana perlu membayar GST sebelum mangsa boleh mendapat wang itu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata bagi tujuan itu, mangsa telah membuat pindahan wang bermula 17 Mei lalu ke dalam dua akaun berbeza yang diberikan suspek sebanyak beberapa kali hingga berjumlah RM38,000 sebelum menyedari dirinya ditipu.


Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori