Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan perairan negara diramal dilanda angin kencang dan laut...

Kerajaan Susun Semula Kawasan...

ALOR SETAR – Wujud keperluan untuk membangunkan kawasan perumahan nelayan secara lebih teratur...

2022 Jadi Tahun Pemulihan...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis...

Johor Ada Hak Untuk...

JOHOR BAHRU -Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah bahawa pandangannya mungkin...

Suri Rumah Dipenjara Sehari Curi Pakaian Dalam

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah dihukum penjara sehari dan denda RM200 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah mencuri sebuah beg tangan dan dua helai pakaian dalam wanita pada Hari Kebangsaan.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid menjatuhkan hukuman itu ke atas S.Santhi, 48, dan memerintahkan tertuduh dipenjara tiga hari jika gagal membayar denda.

Wanita itu didakwa mencuri sebuah beg jenama Guess berharga RM239 dan dua helai pakaian dalam wanita bernilai RM80 di tingkat bawah pasar raya Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada 3.30 petang, 31 Ogos lepas.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda dan bagi kesalahan kedua atau seterusnya boleh dipenjara dan boleh juga dikenakan denda dan sebat.


Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya hukuman diringankan kerana dia mempunyai anak yang masih kecil manakala Timbalan Pendakwa Raya, Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori