Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Senarai Penuh Majlis Pimpinan...

SHAH ALAM - Seramai 23,438 perwakilan telah mengundi semasa Persidangan Bahagian Parti Pribumi...

Pemimpin Pembangkang Burundi Ditembak...

BUJUMBURA - Seorang pemimpin pembangkang sebuah parti kecil di Burundi ditembak mati semalam...

Rundingan Damai: Putin Mahu...

ANKARA : Presiden Rusia, Vladimir Putin menzahirkan harapan untuk bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr...

Putera Charles & Camilla...

KUALA LUMPUR - Putera Wales dan Duchess of Cornwall akan melakukan lawatan rasmi...

Suri Rumah Didakwa Bunuh, Cederakan Pembantu Rumah

GEORGE TOWN – Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membunuh dan mencederakan dua pembantu rumahnya.

Di Mahkamah Majistret, Chan Lay Lee, 42, hanya menggangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid.

Dia didakwa membunuh Jubedah, 38, wanita warga Indonesia, di sebuah rumah bernombor 35, Lebuhraya Jelutong di sini antara jam 11 pagi hingga 4.45 petang, 25 Feb lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 11 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen, Chan mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah yang boleh menyebabkan kematian dengan menggunakan batang besi terhadap Anad, 22, seorang wanita warga Kemboja.


Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di lokasi sama pada jam 11 pagi antara Julai 2016 hingga 28 Feb lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Idris tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan memohon tarikh sebutan.

Hakim Irwan Suainbon kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin atas faktor keselamatan dan menetapkan 11 Mei ini untuk sebutan kes itu bagi laporan perubatan.

Tertuduh diwakili peguam A.Rubern. – BERNAMA

Kategori