Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tekong Vietnam Cuba Rasuah...

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Cawangan Kluang menahan dua...

Syria Rekodkan Kes Pertama...

AMMAN - Kerajaan Syria mengesahkan kes pertama koronavirus baharu (Covid-19) selepas seminggu menafikan...

Ismail Sabri Pertimbang Bentang...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin mempertimbangkan untuk membentangkan...

Kucing Itu Sengaja Ditahan...

JOHOR BAHRU - Seekor kucing ditemui mati tersepit di pintu 'roller shutter' sebuah bank dalam...

Sultan Selangor Berkenan Lantik Setiausaha Negeri Baharu

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri baharu Datuk Mohamad Amin Ahmad Ahya di Istana Bukit Kayangan di sini.

Mohamad Amin, 55, menggantikan Datuk Setia Mohamad Khusrin Munawi yang bersara pada 3 Jan lepas.

Baginda turut menyampaikan watikah pelantikan kepada Dr Anhar Opir yang dilantik sebagai Timbalan Mufti Selangor baharu berkuat kuasa pada 1 Jan lepas dan Tengku Mohamed Tengku Harun dilantik sebagai Engku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya Kuala Langat.

Anhar, 40, menggantikan Datuk Abdul Majid Omar manakala Tengku Mohamed, 60, menggantikan Raja Datuk Uzair Tengku Zainon Rashid Shah.


Abdul Majid dan Raja Uzair meletakkan jawatan atas faktor kesihatan.

Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Ketua dan lima Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam.

Majlis pelantikan itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori