Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PM, TPM, KJ Ucap...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kejayaan yang dicipta...

82 Kereta Klon Disita...

SEREMBAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menyita 82 kereta klon di...

Najib Akui Dana RM42...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini didedahkan bahawa dana sebanyak RM42 juta...

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjut...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri...

Sultan Perak Sampaikan Pingat 299 Penerima

KUALA KANGSAR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat ke penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Perak sempena Hari Keputeraan ke-61 baginda di Istana Iskandariah di sini.

Seramai 299 penerima menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Perak daripada baginda hari ini, manakala 31 penerima telah menerimanya pada istiadat Sabtu lepas.

Pada sesi kali ini, dua ahli sukan dan dua bekas atlet negara merupakan antara 65 penerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP).

Mereka ialah Muhammad Hakimi Ismail (atlet lompat kijang), Mohamad Nasir Basharuddin (pemain bola sepak Perak), Josephine Mary (bekas pelari negara) dan Ng Kah Liew (bekas atlet rejam lembing negara).

Berangkat pada istiadat itu, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.


Pada istiadat itu, Sultan Nazrin Shah juga berkenan menganugerahkan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) kepada empat individu.

Selain itu, 28 individu menerima Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), 10 Darjah Ahli Paduka Cura Si Manja Kini (ACM), 92 Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 96 Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan empat lagi Pingat Lama Perkhidmatan (PLP). – BERNAMA

Kategori