Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tunang Hilangkan Diri Sebelum...

MARAN - Seorang lelaki yang dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei ini bingung...

Simpanan Shariah KWSP: Tiada...

KUALA LUMPUR - Skim pelaburan patuh Syariah sepenuhnya atau 'Simpanan Shariah', yang akan...

Majoriti Mahu Tun M...

Seramai 51 peratus daripada 7,500 responden dalam talian bersetuju kerajaan Pakatan Harapan mempunyai...

AS Beri Amaran Sedia...

WASHINGTON - Presiden Donald Trump memberi amaran Amerika Syarikat (AS) sudah mengambil kira...

Sultan Pahang Prihatin Pencemaran Akibat Aktiviti Perlombongan

KUANTAN – Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah hari ini menegaskan keprihatinan baginda tentang projek pembangunan dan aktiviti perlombongan di negeri ini yang menjejaskan alam sekitar.

Baginda meminta pelombong agar lebih bertanggungjawab dan menjaga alam sekitar demi keselesaan orang ramai.

Pelombong umpamanya perlu membersihkan kenderaan masing-masing sebelum menggunakan jalan awam kerana lori yang membawa muatan bahan perlombongan yang kotor akan menjejaskan kebersihan jalan raya, kenderaan pengguna dan kesihatan orang awam.

“Beta berharap dalam melaksanakan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dan 11 di samping keutamaannya yang menjurus kepada pemberian manfaat kepada rakyat, nilai faedah terbaik, peningkatan positif kepada ekonomi negeri, ia juga hendaklah turut mengambil kira kepentingan pemeliharaan alam sekitar.

“Beta berharap kegiatan perlombongan mestilah berasaskan kepada amalan perlombongan secara lestari, pencemaran udara dan sungai tidak seharusnya berlaku kerana ia menyusahkan rakyat,” titah baginda bersempena pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di sini Isnin.

Teks titah ucapan baginda dibacakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah.

Baginda juga mengambil maklum bahawa satu operasi bersepadu yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan termasuk pihak Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Polis Diraja Malaysia dan Ikatan Relawan Rakyat dijalankan terhadap lori-lori yang membawa muatan perlombongan sebulan lalu bagi membendung masalah pencemaran dan kekotoran di jalan raya.

“Hasil daripada operasi ini beta dimaklumkan sebanyak 65 buah lori telah ditahan dengan nilai kompaun berjumlah RM785,700 dan operasi ini telah dapat mengurangkan pencemaran dan kekotoran yang berlaku,” titah baginda.

Baginda juga menyatakan kesal kerana masalah denggi masih membelenggu penduduk di negeri ini ekoran berlaku peningkatan kes sebanyak 130 peratus berbanding tahun lepas.

“Jumlah kes keseluruhan pada tahun 2014 ialah sebanyak 2,170 kes dengan enam kematian.


“Bagi tahun 2015 pula sehingga minggu ke-19, beta difahamkan terdapat sebanyak 989 kes dengan mencatatkan empat kematian berbanding 430 kes dengan tiada kematian pada minggu yang sama pada tahun lepas,” titah baginda.

Titah baginda, walaupun pelbagai usaha dan langkah pencegahan dijalankan oleh Jabatan Kesihatan, namun tindakan itu masih tidak mencukupi sekiranya masalah kebersihan dan tempat pembiakan nyamuk Aedes masih wujud.

Sehubungan itu baginda menitahkan agar orang ramai menjaga kawasan kediaman masing-masing dan tidak membuang sampah merata-rata yang boleh menjadi punca pembiakan nyamuk Aedes.

Dalam pada itu Sultan Ahmad Shah dalam titahnya turut melafazkan rasa gembira apabila projek dalam memantapkan modal insan kepada golongan muda diberi perhatian khusus oleh kerajaan negeri.

“Program re-skilling (peningkatan kemahiran) perlulah dipergiatkan bagi memberi peluang kepada golongan pelajar yang rendah pencapaian akademiknya agar mereka memperoleh lebih banyak kemahiran sekaligus membuka lebih ruang pekerjaan buat mereka,” titah baginda.

Baginda menyarankan agar agensi berkaitan seperti Yayasan Pahang, Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) perlu memperluas program pendidikan lepasan ijazah bagi memenuhi keperluan pasaran terutama dalam bidang kritikal dan berteknologi tinggi.

Persidangan DUN ditangguhkan sehingga Isnin depan. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori