Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Terpedaya Dengan Berita...

KUALA LUMPUR - Masyarakat di negara ini dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan berita...

Mayat Pelajar Timbul Lepas...

KUANTAN - Mayat seorang pelajar Maahad, Alif Lukman Hakim Azman, 13, yang dilaporkan...

Siti Terima 300 Lagu...

PENYANYI Datuk Siti Nurhaliza kini dalam proses menapis 300 buah lagu yang diterima...

Yakin Dapat Baby Girl,...

PASANGAN suami isteri mana yang tidak teruja selepas mendapat tahu bahawa mereka bakal...

Sultan Pahang Berangkat Ke Majlis Jamuan Hari Raya Warga TUDM

KUALA LUMPUR – Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada Ahad berkenan berangkat menghadiri jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, di sini.

Pada majlis itu, baginda yang juga Kolonel Yang Dipertua TUDM dan Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom disambut Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Roslan Saad.

Baginda turut memotong kek sebagai simbolik permulaan majlis itu.

Jamuan berkenaan diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan antara Sultan Ahmad Shah dan seluruh warga TUDM, selain tanda penghargaan kepada kesemua anggota TUDM dalam melindungi keselamatan dan kedaulatan ruang udara negara.


Pada majlis itu, hadirin disajikan dengan pelbagai makanan tradisional tempatan sambil diiringi persembahan Kombo Seni Udara dan tarian kebudayaan oleh Badan Kesenian Tentera Udara. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori