Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Tindakan Campak Ular Spontan,...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata...

Pengerusi DAP Negeri Diumum...

GEORGE TOWN - Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow diumum sebagai Ketua Menteri...

McDonald’s Hanya Benar Kek...

PIHAK McDonald's Malaysia menjelaskan bahawa hanya kek sambutan hari jadi yang mempunyai sijil...

Mavcom Tidak Lindungi Hak...

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes hari...

Sultan Nazrin Sampai Insentif Pemenang Sukan Sea KL2017

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis penyampaian Skim Insentif Kemenangan Atlet Negeri Perak dan Program Satu Pingat, Satu Pokok Sukan SEA dan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 di Bulatan Amanjaya, Meru di sini, hari ini.

Turut berangkat hadir Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Baginda berdua diiringi Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan serta Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Sejurus tiba, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenan menyaksikan penanaman pokok oleh atlet-atlet Perak yang memperoleh pingat pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dan Sukan Para ASEAN KL 2017.

Sultan Nazrin kemudian berkenan menyampaikan insentif kemenangan berjumlah RM70,000 kepada pemenang Sukan SEA KL2017 dan lebih RM40,000 kepada pemenang Sukan Para ASEAN KL 2017.

Pada majlis itu, atlet terjun negara Cheong Jun Hoong menerima insentif berjumlah RM25,000 di atas kejayaannya menjuarai Kejohanan Terjun Fina 2017 di Budapest, Hungary pada Julai lepas menerusi acara 10 meter platform wanita individu selepas memenangi pingat perak di Olimpik Rio, Brazil tahun lepas.

Sementara itu, Shahrul Zaman dalam ucapannya berkata seramai 57 atlet Perak mewakili negara pada Sukan SEA KL2017 dengan 21 orang daripadanya memenangi pingat emas, sembilan pingat perak dan sembilan pingat gangsa.


“Seramai 23 orang atlet Perak pula mewakili negara dalam Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 dengan 11 orang daripadanya memperoleh pingat emas, tujuh pingat perak dan sembilan pingat gangsa,” katanya.

Beliau berkata kejayaan yang dicapai itu jelas menunjukkan bahawa Perak komited untuk terus melahirkan atlet bertaraf dunia.

Menurutnya majlis itu diharap menyuntik semangat dan faktor motivasi kepada para pelatih Sukan Malaysia di bawah Program ‘Kita Juara 2018’ dan Program Podium Perak (PT3). – BERNAMA

Kategori