Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tandas Rosak, Pesawat MAS...

KUALA LUMPUR - Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) terpaksa membuat pendaratan tidak berjadual di...

Ulama Syiah Dahului Keputusan...

BAGHDAD - Moqtada al-Sadr mendahului keputusan pilihan raya Parlimen Iraq selepas separuh kiraan...

Dewan Rakyat Bincang Usul...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan usul tergempar bagi membincangkan bencana banjir yang...

PAS Berisiko Kehilangan Kelantan...

GEORGE TOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata PAS berdepan risiko...

Sultan Muhammad V Tiba Istiadat Lafaz Sumpah Agong Ke-15

SEPANG – Sultan Kelantan Sultan Muhammad V selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini pagi ini, bagi Istiadat Melafaz Sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Ketibaan baginda pada 10.16 pagi disambut Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selaku Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas.

Baginda diiringi melalui pasukan Kawalan Kehormat Setempat oleh Angkatan Tentera Malaysia Unit I Rejimen Renjer Diraja, terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota lain-lain pangkat, yang diketuai Kapten Mohd Hafiz Mohamad Noor.

Baginda kemudian berangkat ke Dataran Parlimen untuk sambutan rasmi penuh istiadat.

Sultan Muhammad V, 47, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) pada Oktober lepas yang turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Di KUALA LUMPUR, ketibaan Sultan Muhammad V di Dataran Parlimen pada pukul 11 pagi disambut dengan tiupan nafiri oleh 14 anggota dari Pasukan Istiadat Diraja Tentera Darat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut keberangkatan tiba baginda.


Baginda kemudian diiringi ke Pentas Diraja, melintasi pasukan kawalan bertombak diikuti persembahan tabik ‘Hormat Diraja’ oleh pasukan Kawalan Kehormat Utama, yang disusuli lagu Negaraku oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja, diketuai Kapten Muhammad Nor Azizan Yahya.

Serentak dengan itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan dan diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.

Sultan Muhammad V kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormat terdiri daripada 103 anggota dan empat pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Ridhwan Basheer.

Istiadat negara itu diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, disusuli persembahan tabik ‘Hormat Diraja’ serta lagu Negaraku untuk kali kedua.

Baginda kemudian berangkat ke Istana Negara di Jalan Duta untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-244 (Khas) sempena istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori