Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

10 Pemimpin Bersatu Di...

KUALA LUMPUR - Pemimpin 10 negara Asia Tenggara hari ini menandatangani deklarasi bersejarah...

IS Lancar Serangan Terbaharu...

MURSITPINAR (Turki) - Kumpulan Negara Islam (IS) melancarkan serangan terbaharu ke atas bandar...

Ahmad Bashah Keluar Dari...

GEORGETOWN - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dibenarkan keluar...

Sah Solat Di Masjid...

KEPALA BATAS - Hukum solat di masjid yang dibina daripada sumber haram adalah...

Sultan Kedah Berangkat Ke Majlis Bacaan Yasin

ALOR SETAR – Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan yasin dan doa selamat bersempena Istiadat Pemasyhuran Pelantikan Raja Muda Kedah dan Tunku Laksamana Kedah di Masjid Zahir di sini.

Baginda tiba di perkarangan masjid pada 12.20 tengah hari dengan diiringi Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Laksamana Kedah Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Majlis bacaan yasin dan doa selamat berkenaan dipimpin Imam Masjid Zahir Datuk Syeikh Roslan Abd Halim.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi serta Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang mewakili Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.


Baginda kemudian menunaikan solat Jumaat bersama-sama jemaah yang diimamkan oleh Syeikh Roslan .

Majlis bacaan yasin dan doa selamat berkenaan merupakan sebahagian daripada program yang disusun atur bersempena Istiadat Pemasyhuran Pelantikan Raja Muda Kedah dan Tunku Laksamana Kedah yang akan berlangsung pada 26 Nov ini di Istana Anak Bukit. – BERNAMA

Kategori