Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gambar Lelaki Suap Ibu...

GAMBAR seorang lelaki menyuap makanan ke mulut seorang wanita dipercayai ibunya tersebar di laman...

Pengarah Syarikat Didakwa Lupus...

TAWAU - Seorang pengarah sebuah syarikat pembekal produk akuakultur mengaku tidak bersalah di...

Akibat Salah Label, Pelanggan...

SEORANG lelaki di Bradford, Britain terperanjat besar apabila mendapati roti keju gulung yang...

Pembantu Juruterbang Dalam Keadaan...

GEORGE TOWN - Keadaan pembantu juruterbang Kapten Wai Lik yang cedera dalam nahas...

Sultan Johor Umum Nama Menteri Besar Esok

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan membuat keputusan dan mengumumkan nama bakal menteri besar yang baharu, esok.

Menurut catatan laman rasmi Facebook Sultan Johor, baginda bertitah demikian kepada Royal Press Office (RPO) iaitu pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga diraja Johor selepas menerima menghadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini.

“Saya mengadakan perbincangan yang cukup baik dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya bersedia bekerjasama dengan Menteri Besar dan kerajaan negeri yang baharu,” titah Sultan Johor kepada RPO seperti dimuat naik dalam Facebook tersebut.

Pertemuan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama Sultan Ibrahim itu berlangsung selama 90 minit dan dalam suasana penuh mesra, menurut laman Facebook berkenaan.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


PH mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 manakala Barisan Nasional (BN) mendapat 19 kerusi dan PAS dengan satu kerusi. – BERNAMA

Kategori