Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Bina Jalan Diturap...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan mula membina jalan raya yang diturap getah tahun...

Nenek Disiasat, Jual Patung...

IA kelihatan seperti seorang bayi yang sedang nyenyak tidur, namun sebenarnya ia adalah...

Guna Artis ‘Cuci Duit’,...

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan dua pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)...

Hospital Cari Waris Pesakit...

KUALA LUMPUR - Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)...

Sultan Johor Rasmi Karnival Jualan Mega Di Dataran Angsana

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan merasmikan Karnival Jualan Mega 2016 yang akan diadakan selama lima hari bermula Rabu lepas di Dataran Angsana, di sini.

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Besar Johor Datuk Mohammed Khaled Nordin dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Pelancongan negeri Datuk Tee Siew Kiong.

Karnival anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu menghimpunkan 520 gerai jualan melibatkan 300 pempamer yang menawarkan lebih 1,000 produk dan perkhidmatan serta 70 trak makanan.

Sementara itu, dalam ucapannya, Hamzah berkata karnival diadakan bagi memberi pilihan kepada masyarakat untuk berbelanja pada harga berpatutan dan lebih rendah berbanding harga pasaran.

Katanya ia juga bagi membantu pengeluar memasarkan dan mempromosikan produk buatan Malaysia dan perkhidmatan mereka, sekaligus dapat merancakkan kegiatan ekonomi domestik dan mengalakkan pembangunan industri tempatan.

“Karnival ini merupakan karnival jualan dan pameran yang terbesar pernah diadakan di Johor Bahru melibatkan pelbagai kluster produk dan perkhidmatan secara menyeluruh.


“Justeru, kementerian mengharapkan penerimaan dan sambutan yang baik daripada pengguna,” kata Hamzah.

Karnival itu menyasarkan lebih 300,000 pengunjung dan nilai jualan sehingga RM20 juta.

Pada majlis itu, Sultan Ibrahim turut berkenaan menyampaikan sumbangan barangan keperluan sekolah kepada 324 murid dan 42 guru pengiring daripada tujuh kawasan Parlimen iaitu Larut (Perak), Lawas (Sarawak) dan Pontian, Pasir Gudang, Sembrong, Pagoh dan Johor Bahru di Johor.

Barangan kelengkapan sekolah itu disumbangkan oleh pasaraya besar Tesco, Giant, Aeon Big dan Aeon Co. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori